Harian Metro

Sukar dikesan, tiada simptom khusus

-

tengkorak. Selalunya, 70 peratus daripada pesakit akan mengalami simptom hingus atau kahak bercampur darah. Ia bukan keluar secara menitis, tetapi hanya bercampur sedikit. Darah berkenaan pula merah cerah, bukan kecoklatan.

“Keduanya, 60 peratus daripada pesakit akan mempunyai kesan bengkak di tepi leher. Bengkak ini bagaimanap­un tidak mendatangk­an rasa sakit, sebaliknya akan terus membesar dari semasa ke semasa.

“Simptom ketiga adalah paling kerap ditemui iaitu telinga tersumbat. Ini lazimnya ditemui dalam kalangan pesakit dewasa. Mereka datang ke hospital dan mengadu kurang dengar, telinga tersumbat, pendengara­n terhalang dan sebagainya, namun tidak berasa sakit. Ini berlaku apabila tumor tumbuh berdekatan tiub eustachia dan menutup ruang yang menghubung­kan telinga. Akibatnya, banyak cecair bertakung di bahagian dalam salur yang akan menekan gegendang dan akhirnya menghalang pendengara­n.

“Selain itu, ada juga simptom lain yang jarang berlaku seperti rasa kebas di bahagian pipi dan diplopia atau sebelah mata tidak boleh bergerak. Apabila ini berlaku, boleh dianggap pesakit sudah menderita kanser tahap empat,” katanya.

Jelas Dr Mallina, golongan paling berisiko mendapat serangan kanser ini di Malaysia adalah kaum Cina, diikuti masyarakat Sabah dan Sarawak khususnya Bidayuh.

“Hal ini dipengaruh­i faktor migrasi penduduk yang sebahagian daripada mereka ini berdarah campuran Filipina. Sementara Filipina pula mempunyai banyak pengaruh Cina. Kemudian, barulah pecahan kaum Melayu dan India.

“Penyebab utama yang dikesan ketika ini adalah faktor genetik atau keturunan. Jika seseorang itu mempunyai sejarah keluarga yang menghidap karsinoma nasofarink­s, dia perlu tahu petanda dan simptom awal serta mengambil langkah berjaga-jaga.

“Dari segi jantina,

 ??  ?? DR Mallina menunjukka­n anatomi farinks.
DR Mallina menunjukka­n anatomi farinks.
 ??  ?? ANATOMI farinks.
ANATOMI farinks.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia