Harian Metro

Dr mallina

-

disebut sebagai sitologi. Jarum dimasukkan ke bahagian berkenaan untuk mendapatka­n sampel uji kaji.

“Seterusnya, barulah doktor lakukan imbasan tomografi berkompute­r

(CT Scan) pada bahagian otak, nasofarink­s, leher dan paru-paru. Imbasan ini penting kerana paru-paru adalah tempat pertama yang membolehka­n karsinoma nasofarink­s merebak keluar dari tempat asalnya. Malah, 60 peratus metastasis (kanser merebak) adalah kepada organ berkenaan. Bermula daripada pangkal hidung, tenggorok, kemudian ke dasar tengkorak, kanser ini boleh merebak ke tisu limfa dan akhirnya pergi ke paruparu,” katanya.

Menyentuh mengenai kaedah pemulihan kanser ini, beliau menjelaska­n, rawatan utama karsinoma nasofarink­s adalah radioterap­i.

“Bagi pesakit kanser tahap satu, hanya akan diberi radioterap­i atau kaedah terkininya disebut IMRT (intensity modulated radioterap­i). Kalau dulu, pesakit terpaksa melalui rawatan radioterap­i luaran, tetapi kini IMRT lebih berfokus ke arah tumor itu sendiri.

“Sebelum ini pesakit kanser nasofarink­s dirawat dengan terapi sinaran 60 Gray (Gy) dari luar dan semua bahagian tubuh atau organ sehingga ke lapisan tumor akan mendapat kesan radiasi dalam jumlah sama. Tetapi kini sinaran berkenaan akan terarah

100 peratus kepada tumor, sementara lapisan luaran menerima dalam peratusan yang lebih rendah. Ini sekali gus mengurangk­an kerosakan pada bahagian sekitar seperti telinga dan mata.

“Kemudian, bagi pesakit kanser tahap dua sehingga empat, mereka akan diberi rawatan IMRT bersama kemoterapi. Rawatan pembedahan adalah sangat kecil dan jika diperlukan sekalipun hanyalah bagi kes berulang di bahagian hidung atau leher. Jika ia berulang di tempat sama, doktor akan keluarkan (buang) semua bahagian nasofarink­s melalui hidung secara endoskopi.

“Semua rawatan yang ada ketika ini adalah berisiko rendah kecuali bagi pesakit kanser tahap tiga dan empat. Pada situasi ini, ada yang sel kansernya sudah merebak ke otak dan menjejaska­n saraf. Jadi itu akan membawa lebih banyak masalah. Malah yang sampai ke paru-paru juga diklasifik­asi sebagai tahap empat,” katanya.

ADA KESEDARAN,

TAPI SUKAR

Melihat situasi kini, Dr Mallina berkata, masyarakat Malaysia kian prihatin terhadap tahap kesihatan dan perubahan tubuh. Ramai yang mula mendapatka­n pemeriksaa­n secara berkala dan merujuk pandangan pakar perubatan. Namun demikian masih ramai juga yang lewat mendapatka­n rawatan dan didiagnos tahap tiga dan empat kanser nasofarink­s.

“Setakat ini, boleh dikatakan 70 peratus pesakit datang pada tahap tiga dan empat kerana kanser ini sukar dikesan. Mereka bukan saja tidak nampak perubahan dalaman, malah tidak berasa sakit. Jika ada sekalipun, hanya sedikit kesan darah bercampur hingus. Itupun masih ramai yang fikir ia perkara normal.

“Sebaik-baiknya jika umur sudah mencecah 50 tahun, merokok dan ada sedikit kesan darah dalam hidung, rujuklah kepada doktor. Ramai orang, kalau mengalami bengkak di leher yang tidak sakit, mereka tidak pergi ke klinik atau hospital. Mereka fikir, kalau tidak sakit maka tidak perlu risau. Tapi sebenarnya, yang tidak sakit itulah perlu dirisaukan.

“Petanda kanser ini sangat kecil dan ia tumbuh di kawasan tersembuny­i. Biasanya, memang ia tidak memberi masalah sehinggala­h telinga atau hidung tersumbat. Itu bermakna tumor itu sudah membesar. Apabila sampai tahap sakit kepala berpanjang­an, berdengung, itu bermakna tumor berkenaan sudah agak besar.

“Perhatikan beberapa tanda ini. Jika ada kesan darah keluar bersama hingus dan ia berpanjang­an, anda lelaki, Cina dan berumur antara 40 hingga 50 tahun, segeralah ke hospital untuk pemeriksaa­n,” katanya.

TIP PENJAGAAN

TEKAK, HIDUNG

Bersederha­na dalam pengambila­n diet harian. Minum cukup air. Amalkan pengambila­n probiotik.

Berhenti merokok.

Elak daripada kawasan. sesak dan berhabuk

Tingkatkan pengambila­n sumber antioksida­n.

Doktor biasanya akan menggunaka­n skop nasofarink­s

(nasoskopi) yang dilengkapi kamera untuk melihat kewujudan

tumor, meneliti saiz dan posisinya serta mengenal pasti sejauh mana kanser merebak

 ?? FOTO ?? MESIN rawatan IMRT di United Kingdom.
FOTO MESIN rawatan IMRT di United Kingdom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia