Harian Metro

Seolah-olah berlari di awan

- DARI MUKA 15

Pengeluar kasut terkemuka dari Jepun, ASICS misalnya memang terkenal sebagai jenama kasut sukan popular dan menjadi pilihan pelari maraton dunia disebabkan teknologi pembuatann­ya.

Terkini, ASICS memperkena­lkan koleksi terbaru, AW17 menerusi kasut Gel-Kenun yang meneruskan legasi teknologi ASICS dan menampilka­n gaya jalanan sesuai untuk bersiar-siar dengan rakan, bersenam di gimnasium atau beriadah di taman.

Kasut itu diilhamkan daripada awan cirrus, dikenali sebagai ‘kenun’ dalam bahasa Jepun dan direka khas untuk memastikan si pemakainya mengalami pengalaman seolah-olah berlari di atas awan. Dengan mesh yang fleksibel di bahagian gel kaki depan dan belakang, GelKenun memperkasa setiap langkah dan pada masa sama menampilka­n gaya jalanan yang menarik kepada si pemakai.

Kesempatan penulis menguji kasut ini dalam satu sesi khas media bersama pelari maraton terpantas Malaysia 2016, Mohd Syahidan Alias atau lebih dikenali sebagai Edan Syah mendapati kasut terbaru ASICS ini selesa dipakai sama ada untuk bersukan seperti berjoging atau berlari dan memberikan impak berbeza kerana kasut itu berasa cukup ringan dibantu oleh gel yang dapat dilihat jelas di bahagian tapaknya.

Melihat kepada rekaan kasut terbaru ini, warna gel hijau di bahagian tapak kasut dikhususka­n untuk lelaki manakala gel biru untuk wanita dan tulisan Gel-Kenun di bahagian tumit belakang kasut jelas tertera di sebalik fabrik hitam yang menampakka­n gaya bersahaja.

Apa yang menarik perhatian ialah lapisan tapak yang tebal menjadi identiti sebenar kasut ini dan gabungan warna gel sama ada hijau atau biru menyerlahk­an gaya si pemakainya. Ia sesuai dipakai sama ada untuk bersantai mahupun mereka yang sering berulang-alik ke tempat kerja menaiki pengangkut­an awam.

Penulis yang memilih untuk pulang ke pejabat menaiki sistem pengangkut­an awam MRT dari stesen Bandar Utama ke Muzium Negara selepas tamat sesi pelancaran kasut itu, dapat menguji keupayaan sebenar kasut ini dalam apa jua permukaan jalan dan cukup selesa disebabkan tapak gel yang tebal tanpa berasa sebarang tekanan kepada kaki.

Koleksi kasut ASICS Gel-Kenun itu dipasarkan

 ??  ?? KASUT ASICS Gel-Kenun yang mula diperkenal­kan di pasaran Malaysia.
KASUT ASICS Gel-Kenun yang mula diperkenal­kan di pasaran Malaysia.
 ??  ?? EDAN Syah vvvvvmenun­jukkan kaedah mengikat tali kasut kepada wakil media.
EDAN Syah vvvvvmenun­jukkan kaedah mengikat tali kasut kepada wakil media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia