Harian Metro

Seksa untuk kurus berbaloi

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Kurus cara sihat hampir kedengaran mustahil bagi kebanyakan wanita atau lelaki yang bertubuh besar. Kalau berpanduka­n pada teori, carian Internet atau nasihat mereka yang kurus, semuanya kedengaran mudah. Namun untuk melaksanak­an setiap teori dalam dunia realiti, pastinya menuntut disiplin dan dedikasi tinggi.

Jika sudah terbiasa dengan minuman berkarbona­t, snek ringan, makanan enak berlemak, manisan dan puding, sudah tentu besar cabaran yang terpaksa dipikul andai disuruh mengurangk­an gula dalam diet harian.

Itu baru gula. Belum lagi disuruh mengekalka­n tabiat bersenam seminggu sekali dan menggandak­an pengambila­n sayuran serta bijirin.

Ternyata keinginan untuk kurus sebenarnya memerlukan sokongan, panduan dan tunjuk ajar mereka yang berpengala­man. Mengutip kembali impian kurus ketika remaja, Zainur Arsyikin Zainal Abidin,

32, nekad melakukan perubahan besar dalam hidupnya selepas berkalikal­i putus asa untuk menurunkan berat badan.

Anak kelima daripada 10 adik-beradik ini mengakui dirinya yang paling montel sejak kecil hingga dewasa. Sembilan lagi saudaranya tidak pula menghadapi masalah berat badan.

“Saya suka makanan ringan. Emak pula cukup senang melayan. Bayangkan, ketika umur tujuh tahun, saya minta emak masak mi segera untuk dijadikan bekal ke sekolah.

“Walaupun di luar nampak ceria, namun pengalaman dibuli rakan sejak kecil tetap meninggalk­an trauma dan luka cukup besar dalam diri. Ada ketikanya saya dilayan tanpa perasaan belas kasihan. Mereka di sekeliling tidak pernah cuba untuk berada di tempat saya, apatah lagi memahami perasaan sedih dan malu apabila diejek atau dipanggil montel sesuka hati.

“Mungkin kerana terlalu banyak memendam rasa, saya menjadi seorang yang tidak yakin dengan diri sendiri. Malu, rasa tidak cantik dan sentiasa meragui pujian atau layanan ikhlas orang di sekeliling. Sehingga sampai suatu tahap, saya melepaskan banyak peluang dalam hidup dan berat badan pula naik mendadak mencecah 125 kilogram (kg) pada 2011,” katanya.

Mujur Arsyikin tidak terus tenggelam dalam telahan sendiri. Rimas dan tertekan dengan keadaan tubuh yang semakin membebanka­n, wanita ini nekad melakukan apa saja untuk menurunkan berat termasuk menyertai program Jom Kurus 1Malaysia (JK1M).

“Pada 2014, berat saya sudah berkurang menjadi 97kg. Saya berusaha untuk meneruskan latihan joging pada setiap pagi dan mengamalka­n diet sihat. Namun tamat saja JK1M, saya dapati berat hanya berkurang menjadi 93kg.

“Melihat hasil yang tidak seberapa, saya kembali hilang semangat. Ada waktunya rajin, tapi kebanyakan masa saya banyak memberi alasan kepada diri sendiri untuk melakukan perkara lain.

“Alhamdulil­lah, awal tahun ini saya dikurniaka­n semangat baru yang berkobar-kobar. Mungkin juga kerana tahun ini saya tidak bekerja dan banyak masa terluang sambil menjaga emak yang sakit, jadi saya nekad mengambil seorang jurulatih kecergasan peribadi dari Gladiator MMA Sri Manjung serta mula berjinak-jinak dengan seni mempertaha­nkan diri Muay Thai,” katanya.

Jelas Arsyikin, dia bermula pada penghujung Februari dengan berat 85kg dan berjaya menurunkan lebih 20kg dalam tempoh empat bulan. Bagai tersedar daripada lamunan yang cukup panjang, wanita ini tiba-tiba berubah menjadi seorang yang cukup positif.

“Selain Muay Thai, saya juga mengikuti latihan angkat berat dan banyak latihan berintensi­ti tinggi (HIIT). Paling utama, saya mampu mendisipli­nkan diri untuk mengamalka­n diet sihat dan menghentik­an pengambila­n gula. Jika teringin sekalipun, saya akan ambil buah-buahan dan jus.

“Kalau zaman remaja dulu saya pernah mencuba pelbagai makanan tambahan yang kononnya mampu menguruska­n badan, kali ini semuanya saya tolak ke tepi. Tiga bulan berlatih, saya buang segala rasa malu dan fokus untuk kurus. Sebulan puasa, saya menjaga diet dan berehat sepuasnya.

“Jun lalu, saya mula mengukir senyuman puas. Siapa sangka, cubaan untuk kurus dalam tempoh belasan tahun ini mampu saya realisasik­an dalam tempoh empat bulan.

 ?? FOTO ?? Siapa sangka, cubaan untuk kurus dalam tempoh belasan tahun ini mampu saya realisasik­an dalam tempoh empat bulan. Dalam tempoh itu jugalah saya membina keyakinan diri yang lama hilang dan akhirnya jatuh cinta pada bidang kecergasan
FOTO Siapa sangka, cubaan untuk kurus dalam tempoh belasan tahun ini mampu saya realisasik­an dalam tempoh empat bulan. Dalam tempoh itu jugalah saya membina keyakinan diri yang lama hilang dan akhirnya jatuh cinta pada bidang kecergasan
 ??  ?? LATIHAN Muay Thai.
LATIHAN Muay Thai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia