Harian Metro

Lemas selepas dipanah petir

Lelaki pancing bersama rakan dalam hujan terbunuh

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Kegembiraa­n dua sahabat memancing di Tasik Taman Metropolit­an Batu Muda, dekat sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh ke tasik sejurus dipanah petir, jam 6 petang kelmarin.

Amril Ramli, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala rakannya yang berusia 20-an, cedera ringan.

Difahamkan, ketika mereka tiba di lokasi, hujan mula melanda namun mereka meneruskan aktiviti memancing.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.29 petang sebelum enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan dikerah ke lokasi.

“Kami menerima panggilan mengenai seorang lelaki terjatuh ke tasik akibat dipanah petir ketika memancing.

“Rakan mangsa bagaima- napun selamat. Kami mengambil masa lebih 20 minit untuk mengesan mangsa,” katanya, semalam.

Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

“Dua mangsa dilaporkan dipanah petir ketika memancing di lokasi.

“Rakan mangsa cedera namun masih boleh bercakap, dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan,” katanya. Mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat.

Kami menerima panggilan mengenai seorang lelaki terjatuh ke tasik akibat dipanah petir ketika memancing. Rakan mangsa bagaimanap­un selamat. Kami mengambil masa lebih 20 minit untuk mengesan mangsa”

Zamani Ismail

 ??  ?? ANGGOTA bomba di sisi mayat mangsa.
ANGGOTA bomba di sisi mayat mangsa.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia