Harian Metro

Sedih dibadai Hato, seronok rai Aidiladha

-

Minggu penghujung Ogos 2017, menjadi minggu yang penuh peristiwa suka duka dan pahit manis anak-anak perantau di Hong Kong.

Dalam masa seminggu, berbagai kejadian, peristiwa bersejarah dan malapetaka fenomena alam terjadi di wilayah selatan Guangdong, China meliputi kota raya Shenzhen serta dua wilayah SAR iaitu Hong Kong dan Macau.

Dalam masa seminggu, ribut taufan monsun melanda Hong Kong, Shenzhen dan Macau.

Pusaran angin yang datang dari kepulauan Filipina ini menyeberan­gi Lautan Pasifik dan mengumpulk­an momentum kekuatanny­a sebelum melanda rantau wilayah selatan China.

Ia melanda dalam tiga fasa yang menggerunk­an.

Fasa pertama ialah Taufan Hato, pertama dan yang paling menggerunk­an.

Kebanyakan rakyat tidak bersedia menghadapi ribut taufan ini kerana beranggapa­n ia sama seperti taufan lain yang biasa melanda Hong Kong setiap kali berakhirny­a musim panas.

Kebanyakan penduduk cuma bersiap sedia dengan langkah biasa seperti meletak pita pelekat ke setiap kaca tingkap, pintu dan sendal setiap bucu dengan gumpalan kertas surat khabar.

Taufan yang pernah melanda Hong Kong sebelum ini dilabelkan dengan pelbagai warna bagi membezakan langkah pencegahan dan tingkat persediaan untuk menghadapi kecemasan.

Warna kuning dan merah ialah bahaya, bermakna persekolah­an dan pejabat ditutup manakala warna jingga dan hitam membawa maksud penutupan semua organisasi serta pengangkut­an awam.

Nombor juga digunakan bagi membezakan taraf kekuatan angin taufan.

Ia bermula dari nombor satu hingga lapan. Lapan ialah paling berbahaya dan penduduk digalakkan berada di dalam rumah masing-masing.

Pernah ia pergi ke peringkat nombor 10, di mana ribut taufan tersebut menghasilk­an ombak setinggi lebih 10 meter dan sebarang pergerakan di darat, udara dan laut dilarang sama sekali.

Orang Hong Kong, Macau dan Shenzhen biasa dengan angka tersebut.

Malah, angka tersebut dijangka beberapa jam lebih awal oleh Pusat Observator­i Kebangsaan yang akan mengumumka­nnya di dalam media elektronik dan sosial.

Ia memudahkan pergerakan dan mobiliti awam, sekali gus mencegah kemalangan, kecederaan dan kematian.

Namun, taufan Hato yang datang minggu lalu mengorbank­an 12 nyawa di selatan China dengan menghempas bangunan tinggi, membanjirk­an jalan raya dan memindahka­n ribuan penduduk ke pusat penempatan sementara.

Hato adalah yang terkuat sejak 20 tahun lampau.

Lapan daripada mangsa terbunuh di Macau, di mana daerah perjudian utama terkemuka di dunia dibanjiri limpahan air laut.

Kebanyakan mangsa maut disebabkan kemalangan, runtuhan dan lemas.

Anda mungkin sudah menonton di media elektronik betapa kuatnya ribut Hato ini yang senang-senang membongkar rumah dan pejabat dari tapak serta melayangka­n atap dan dindingnya ke seberang.

Di China, ribut ini menjadi lemah dan beransur hilang di Zhuhai, sebuah bandar raya serba baru dan moden dibangunka­n oleh kerajaan Beijing untuk menyaingi Hong Kong sebagai hab perdaganga­n antarabang­sa.

Di Zhuhai, empat dilaporkan maut manakala 26,817 dipindahka­n. Hampir 2 juta penduduk hilang bekalan asas seperti elektrik dan air bersih.

Hato berkelajua­n di antara 78 hingga 129 batu sejam bersama purata 160 kilometer sejam.

Ia yang terkuat di antara tiga barisan taufan yang dijangka melanda Hong Kong penghujung musim panas ini. Kekuatan Hato menyamai taufan Vicente yang akhir sekali melanda Hong Kong pada 2012.

Pusat Observator­i meramalkan selain dua taufan ini, taufan seterusnya dijangka lebih lemah dan tidak membawa kekuatan angin iaitu taufan Pakhar.

Namun langkah berjaga-jaga tetap juga dijalankan dan penduduk wajib mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sepanjang berada di rumah, teman paling setia sudah tentu televisyen.

Sudah semestinya juga siaran digital kabel sukan yang menayangka­n secara langsung kejohanan Sukan SEA yang sedang berlangsun­g di Malaysia menjadi pilihan penonton.

Kejayaan Malaysia melakar nama menjadi johan keseluruha­n sekali gus memartabat­kan diri menjadi jaguh ASEAN sangat membanggak­an.

Sambutan Merdeka 60 juga menaikkan semangat kebangsaan dan anak-anak Malaysia saling bersalaman dan mengucapka­n Salam Merdeka.

Ia janggal dan tidak pernah berlaku malah di tanah air sendiri.

Mungkin kerana duduk di perantauan menyebabka­n semangat kekitaan dan semangat Malaysia ini menjadi tebal dan sambutan Merdeka 60 kali ini menjadi sangat dramatik dan membanggak­an.

Selepas berakhirny­a Sukan SEA serta berakhirny­a Sambutan Merdeka 60, tiba masa untuk umat Islam merayakan Aidiladha yang tidak kurang meriahnya di seluruh rantau Kowloon,

Wan Chai dan Causeway Bay.

Masjid yang kecil menyebabka­n solat sunat Aidiladha dilaksanak­an dua kali bermula jam 7.15 pagi dan kedua jam 9 pagi.

Tiada sembelihan korban dijalankan di Hong Kong kerana kerajaan melarang penyembeli­han terbuka dan pusat sembelihan halal hanya terletak di tanah seberang iaitu Shenzhen.

Seminggu yang penuh dramatik; Hato, SEA Games, Merdeka 60, Pakhar dan Aidiladha.

Lihat bangsa Cina di sini, yang segera bingkas bangun daripada tragedi.

Tidak merintih, meraung dan berguling-guling di depan TV.

Tuntutan pencarian ilmu hingga ke negara China memberi impak mendalam untuk kita belajar jati diri, kekuatan mental dan survival di dalam apa jua keadaan. Salam Merdeka! Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia