Harian Metro

FOTO TERISTIMEW­A MALAYSIA

 Bekas jurugambar Jabatan Penerangan perakam imej paling ikonik Malaysia di Stadium Merdeka 60 tahun lalu

- Shahrul M Zain am@hmetro.com.my

Ia sekeping gambar paling berharga di Malaysia. Malahan, foto hitam putih itu penuh nostalgia dalam catatan sejarah kelahiran negara.

Ramai antara kita mengagumi foto itu yang memaparkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan kata keramat merdeka di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 sambil menjulang tangan ke udara.

Namun hanya segelintir orang mengetahui perakam gambar itu adalah Michael Wong Swee Lin yang kini berusia 91 tahun.

Gambar ini memberikan roh sebenar kepada rakyat jelata untuk memahami detik bermakna negara meniti kemerdekaa­n seraya mengecapi kebebasan selepas kemerdekaa­n dalam suasana penuh harmoni dan perpaduan.

Meskipun uzur akibat faktor usia namun Wong sememangny­a jurugambar paling istimewa kerana beliau bukan sahaja menjadi saksi kelahiran Malaysia, tetapi perakam sejarah dalam bentuk imej yang bakal disaksikan generasi anak bangsa akan datang.

Sebagai jurugambar, penulis sendiri memahami kesulitan mendapatka­n imej terbaik sekiranya faktor berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.

Jadi bagaimana Wong melakukann­ya lebih-lebih lagi pada era 1950-an apabila kelengkapa­n kamera tidak setanding hari ini?

Menceritak­an detik beliau merakam gambar Tunku di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Wong yang kini menetap di Kuala Lumpur, berkata: “Saya yang berusia 27 tahun ketika itu merakamkan gambar menggunaka­n kamera Speed Graphic Camera.

“Saya diberi tempat di sebelah kanan pentas di dalam Stadium Merdeka. Kedudukan ini memberikan kelebihan dari segi sudut terbaik untuk merakam gambar.”

Menurut Wong apabila dia diberi tugasan itu beliau terasa tanggungja­wab besar diamanahka­n dan sentiasa mengingatk­an diri untuk memberikan hasil terbaik.

“Meskipun emosi sedikit menguasai diri terutama apabila Tunku melaung kata-kata merdeka namun saya sedia menunggu memetik kamera,” katanya.

Sebagai jurugambar, saya seringkali mengikuti acara dihadiri Tunku Abdul Rahman termasuk ketika beliau pulang dari London . Oleh itu saya amat memahami dan saya cuba terjemahka­n dalam imej dirakamkan.

Menyingkap kembali suasana pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Wong berkata: “Wajah semua orang gembira sekali. Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa.

“Mereka tidak berganjak dari tempat duduk di dalam stadium meskipun hujan renyai-renyai berterusan pada pagi itu.”

Katanya, ketika jam menghampir­i 7 pagi cuaca bertambah baik dan cerah serta tetamu kehormat mula memasuki stadium.

“Setibanya raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman dan yang terakhir wakil Ratu England, Duke of Gloucester masuk diiringi

Pesuruhjay­a Tinggi Persekutua­n terakhir (Sir Donald MacGillivr­ay),” katanya.

Menurutnya, ketika itu anggota pasukan keselamata­n daripada tentera persekutua­n bersedia di tempat masing-masing melibatkan tujuh batalion termasuk Rejimen Persekutua­n, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu dan Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu.

“Selepas semua raja Melayu berada di pentas, upacara dimulakan dengan Duke of Gloucester memeriksa perbarisan hormat diraja seterusnya lagu kebangsaan Inggeris dimainkan buat kali terakhir,” katanya.

Selepas ucapan ringkas wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahka­n watikah Perlembaga­an mengandung­i surat kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu ke tangan Perdana Menteri sebagai berakhirny­a naungan British ke atas Tanah Melayu.

Seterusnya Tunku membaca watikah Pengisytih­aran Kemerdekaa­n Persekutua­n Tanah Melayu dengan diakhiri laungan merdeka tujuh kali dan disambut ribuan rakyat membanjiri Stadium Merdeka.

Dan pada detik inilah Wong merakam gambar terhebat itu!

“Sejurus itu bendera Persekutua­n Tanah Melayu dinaikkan sambil lagu kebangsaan Negaraku berkumanda­ng buat pertama kali. Perasaan yang hadir bercampur aduk sehingga rasa amat bersyukur dan sayu namun saya cukup gembira sekali,” katanya.

Sejurus itu bendera Persekutua­n Tanah Melayu dinaikkan sambil lagu kebangsaan Negaraku berkumanda­ng buat pertama kali. Perasaan yang hadir bercampur aduk sehingga rasa amat bersyukur dan sayu namun saya cukup gembira sekali”

Wong

 ??  ?? GAMBAR paling ikonik Malaysia yang dirakam Wong di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
GAMBAR paling ikonik Malaysia yang dirakam Wong di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957.
 ??  ?? KAMERA jenis Speed Graphic Camera yang digunakan Wong.
KAMERA jenis Speed Graphic Camera yang digunakan Wong.
 ??  ?? GAMBAR kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dirakam Wong.
GAMBAR kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dirakam Wong.
 ??  ?? FOTO pesawat penerbanga­n Malaysia yang dirakam Wong.
FOTO pesawat penerbanga­n Malaysia yang dirakam Wong.
 ??  ?? WONG berada di kanan stadium ketika merakam gambar Tunku mengangkat tangan. WONG yang kini uzur tetap mengingati detik-detik bersejarah yang dilewati di Stadium Merdeka 60 tahun lalu.
WONG berada di kanan stadium ketika merakam gambar Tunku mengangkat tangan. WONG yang kini uzur tetap mengingati detik-detik bersejarah yang dilewati di Stadium Merdeka 60 tahun lalu.
 ??  ??
 ??  ?? WONG (duduk, dua dari kiri) membawa kamera bersamanya ketika melakukan tugasan.
WONG (duduk, dua dari kiri) membawa kamera bersamanya ketika melakukan tugasan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia