Harian Metro

Ekosistem termaju

Pihak berkuasa peka keselamata­n sistem kewangan tanpa tunai

-

Bagaimana anda melihat landskap PKS di Malaysia?

Setiap PKS memainkan peranan penting di mana-mana negara bagi menyokong KDNK. Di Malaysia saya difahamkan ada sekitar 9,700 perniagaan kecil yang mewakili 98.5 peratus daripada jumlah keseluruha­n perniagaan di negara ini.

Mereka ini menyumbang kepada kadar peluang pekerjaan yang tinggi iaitu sekitar 62 peratus daripada jumlah pekerjaan yang ada di Malaysia atau menampung 19 juta pekerjaan. Mereka juga adalah golongan yang menyokong pertumbuha­n eksport negara sekitar 70 peratus manakala daripada segi sumbangan kepada KDNK, difahamkan mereka menyumbang sekitar 35 peratus.

Menerusi angka ini menunjukka­n betapa pentingnya PKS kepada negara daripada pelbagai sudut pembanguna­n negara.

Bagaimana dengan sistem kewangan diguna pakai PKS di Malaysia ketika ini? Adakah dari segi teknologi mereka sudah ke hadapan?

Teknologi kewangan memainkan peranan penting memastikan pertumbuha­n perniagaan seiring kehendak semasa. Sebagai pemain industri penyedia teknologi kewangan global, kami ingin memastikan PKS di Malaysia bersedia dan mengambil langkah ke arah perubahan positif dalam mengguna pakai sistem kewangan terkini.

Di Malaysia, sekitar 85 peratus daripada perniagaan di sini masih menggunaka­n sistem kewangan tradisiona­l iaitu transaksi tunai yang diketahui sangat berisiko serta mengakibat­kan negara perlu mengeluark­an kos pencetakan wang.

Bagaimanap­un, kami melihat kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah memastikan transforma­si daripada transaksi pembayaran tunai ke transaksi tanpa tunai yang agresif termasuk memperkena­lkan rangka kerja khas. Sebagai penyedia teknologi kewangan antarabang­sa, apakah yang dilakukan Mastercard bagi memastikan landskap kewangan tanpa tunai ini diperluask­an?

Kami mengambil langkah mengadakan kerjasama dengan pihak berkepenti­ngan dalam industri seperti Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) yang mempunyai lebih 400 ahli termasuk rantaian operator peruncit dan francaisor yang mengendali­kan lebih 25,000 cawangan perniagaan di negara ini.

Dalam kerjasama lima tahun kami bersama MRCA misalnya, Mastercard mengadakan pelbagai aktiviti seperti program kesedaran kepada peniaga mengenai teknologi kewangan tanpa tunai dan menyokong penggunaan teknologi yang digunakan mereka.

Mastercard juga bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan lain seperti bank dan syarikat telekomuni­kasi tempatan bagi membolehka­n mereka terus memperkena­lkan rumusan kewangan yang menyokong pertumbuha­n transaksi tanpa tunai.

Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, di manakah kedudukan Malaysia dalam industri penggunaan transaksi tanpa tunai ketika ini?

Pada pandangan saya, Malaysia adalah antara negara termaju di rantau ini dari segi penyediaan ekosistem dan polisi teknologi transaksi tanpa tunai. Malah, ia juga mengambil langkah terbuka memastikan teknologi kewangan terus berkembang.

Misalnya Julai lalu, Malaysia melaksanak­an penggunaan sistem pin kepada kad debit dan kredit bagi memastikan sistem keselamata­n digunakan orang ramai terjamin.

Langkah ini menunjukka­n pihak berkuasa di Malaysia peka dengan kepentinga­n sistem keselamata­n kewangan tanpa tunai dan ia adalah sistem keselamata­n paling terbaik.

Kami ingin memastikan PKS di Malaysia bersedia dan mengambil langkah ke arah perubahan positif dalam mengguna pakai sistem kewangan terkini”

Ravinder

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia