Harian Metro

China bantah ubah nama laut

-

Kerajaan China menghantar satu nota mendesak Jakarta menarik balik keputusan untuk menamakan satu perairan di Laut China Selatan yang berada di Zon Ekonomi Eksklusif Indonesia.

Pada Julai lalu, kerajaan Indonesia menamakan perairan itu yang terletak di utara Kepulauan Natuna sebagai Laut Natuna Utara.

Channel News Asia melaporkan, Kementeria­n Luar China menghantar satu nota rasmi kepada kedutaan Indonesia di Beijing pada 25 Ogos lalu bagi membantah keputusan berkenaan.

Dalam surat itu, China berkata, langkah Indonesia menukar nama yang diterima antarabang­sa menyebabka­n kesulitan dan membesarka­n pertikaian serta menjejaska­n keamanan dan kestabilan.

“Hubungan China-Indonesia berkembang dengan sihat dan stabil, dan rundingan mengenai pertikaian di Laut China Selatan berjalan baik.

“Tindakan unilateral Indonesia menukar nama ini tidak baik bagi mengekalka­n situasi yang cemerlang,” kata Kementeria­n Luar China.

Tambah Beijing, China dan Indonesia mempunyai tuntutan bertindih di barat daya Laut China Selatan dan menamakan kawasan itu tidak mengubah fakta berkenaan.

Indonesia sering menegaskan bahawa negara itu tiada tuntutan bertindih dengan China di Laut China Selatan.

Beberapa negara Asia Tenggara termasuk

Malaysia, Filipina dan Vietnam mempunyai beberapa tuntutan bertindih dengan China di Laut China Selatan.

Tidak lama selepas menamakan kawasan itu, Menteri Hal Ehwal

Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastut­i menegaskan Indonesia ada hak membuat keputusan berkenaan. Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia