Harian Metro

‘Polis’ penipu perdaya ratusan ribu ringgit

-

Batu Pahat: Selain menyamar anggota polis, seorang lelaki berusia 24 tahun turut mendakwa boleh mendapatka­n kenderaan disita pihak berkuasa pada harga murah.

Hasil penipuan itu, lelaki terbabit yang berasal dari Parit Raja di sini, memperoleh ‘keuntungan’ ratusan ribu ringgit.

Mangsa Rizal Mohdin, 25, berkata, dia menanggung malu dan tertekan selepas saudara-mara juga rakannya turut terpedaya dengan helah lelaki terbabit menyebabka­n mereka kerugian kira-kira RM35,000.

“Kali pertama bertemunya ialah pada 2 Ogos lalu dan saya menyerahka­n RM2,500 selepas dia mendakwa boleh mendapatka­n motosikal, kereta dan jengkaut yang disita pada harga murah, berserta cukai jalan.

“Ada saudara dan rakan yang terpedaya turut menyerahka­n wang kepada lelaki terbabit, jika dihitung, jumlahnya kira-kira RM35,000 dan ia diserahkan secara tunai atau melalui perbankan dalam talian,” katanya, semalam.

Menurut Rizal yang juga juruteknik, dia sendiri kerugian RM4,000 dan gagal menghubung­i lelaki terbabit selepas talian telefon bimbitnya dimatikan.

“Saya kemudianny­a minta bantuan rakan untuk menyebarka­n kegiatan lelaki terbabit di laman sosial Facebook (FB) selain aplikasi WhatsApp.

“Saya terkejut apabila ramai yang tampil memaklumka­n mereka turut diperdaya lelaki terbabit,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Azmi, 30-an, berkata dia kerugian barangan kemas dan wang simpanan mencecah RM200,000.

“Kejadian berlaku ketika saya bertugas di luar daerah. Isteri serta anak-anak tinggal di Parit Raja untuk menguruska­n butik pakaian kami.

“Saya harap kehadiran lelaki terbabit boleh menjaga keselamata­n keluarga namun berlaku sebaliknya apabila kereta isteri selain kerugian wang tunai juga barangan kemas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia