Harian Metro

Dedah keadaan sebenar khemah

-

Makkah: Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberi lebih penekanan keadaan sebenar operasi masya’ir kepada bakal jemaah haji sebagai pendedahan awal kepada mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah berkata, langkah itu perlu supaya mereka lebih bersedia apabila terpilih untuk menunaikan haji nanti.

Menurutnya, penerangan mengenai keadaan sebenar dalam khemah yang sempit serta kesesakan di Arafah, Muzdalifah dan Mina akan dibuat dalam kursus bersiri yang dihadiri bakal jemaah.

Katanya, bakal jemaah akan ditunjukka­n video keadaan sebenar dalam khemah serta jauhnya tempat melontar supaya mereka dapat menghayati­nya dan bersedia lebih awal.

Beliau berkata demikian pada sidang media dengan wartawan Malaysia di ibu pejabat TH di Abraj Al-Janadriyah, di sini.

Turut hadir, Ketua Rombongan Haji 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, pendekatan terbaru itu susulan maklum balas diterima ketika operasi masya’ir apabila jemaah mengadu mengenai kesesakan teruk dalam khemah terutama di Mina.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, secara keseluruha­n, operasi haji kali ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini dan luar jangka.

Katanya, kejayaan itu dicapai hasil kerjasama dan komitmen tinggi semua petugas kebajikan dan perubatan di tanah air dan Tanah Suci, pakar rujuk dan pembimbing ibadat haji mahupun jemaah haji sendiri.

Menurutnya, hingga kini, jumlah kematian dicatatkan seramai 35 orang iaitu di Makkah (22), Mina (tujuh), Arafah (dua) dan Madinah (empat).

Beliau berkata, nisbah kematian yang lebih tinggi iaitu 1:1,177 orang pada tahun ini berbanding 1:1,860 orang pada 2016 disebabkan faktor usia lanjut jemaah.

Katanya, hingga kini, 176 jemaah menerima rawatan iaitu 20 orang di hospital Arab Saudi dan 156 orang di Pusat Rawatan TH Syisyah.

“Empat jemaah tidak dapat wukuf di Arafah kerana koma di hospital ketika itu.

“Hingga kini, tiga masih koma dan seorang sudah sedar, tetapi kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU),” katanya.

 ?? Johan Abdullah ?? Bakal jemaah akan ditunjukka­n video keadaan sebenar dalam khemah serta jauhnya tempat melontar supaya mereka dapat menghayati­nya dan bersedia lebih awal”
Johan Abdullah Bakal jemaah akan ditunjukka­n video keadaan sebenar dalam khemah serta jauhnya tempat melontar supaya mereka dapat menghayati­nya dan bersedia lebih awal”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia