Harian Metro

Arca dasar laut

Tukun replika Bangunan Sultan Ibrahim bakal diabadikan di Pulau Mensirip

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2017 menyaksika­n peristiwa bersejarah apabila Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melancarka­n logo rasmi Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada tukun replika Bangunan Sultan Ibrahim di Pulau Mensirip, Mersing, 10 Oktober ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) Adib Azhari Daud berkata, arca yang bakal tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) itu menjadi titik mula dan gerak kerja pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit ke arah Majlis Bandaraya.

Beliau berkata, idea dan ilham membina tukun replika Bangunan Sultan Ibrahim berukuran lebar 10.6 meter x 9.28 meter dan ketinggian lima meter serta berat 165 tan itu cetusan idea

Baginda menandatan­gani plak perasmian diikuti sesi bergambar di dasar laut dan tinjauan di sekeliling arca sebelum naik ke permukaan”

Sultan Ibrahim untuk diletakkan di dasar laut.

Adib yang dilantik menerajui PBT berkenaan sejak Februari lalu berkata, Sultan Ibrahim berada di dasar laut selama sejam bermula jam 9 pagi bagi Majlis Pengisytih­aran Logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri di tukun replika itu.

“Kadi Daerah Mersing akan membaca doa di dasar laut lima minit dan saya selaku Yang Dipertua MPJBT menyerahka­n logo bulan dan bintang kepada Tuanku untuk diletakkan pada logo Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

“Baginda menandatan­gani plak perasmian diikuti sesi bergambar di dasar laut dan tinjauan di sekeliling arca sebelum naik ke permukaan,” katanya.

Katanya, mereka yang hadir boleh menyaksika­n acara bersejarah itu yang dipancarka­n secara terus menerusi kamera kalis air ke skrin LCD berdekatan lokasi itu.

“Tukun ini membabitka­n lapan bahagian dan ia dibangunka­n kakitangan MPJBT. Ia dibina bermula 7 Mei lalu dan siap pada 7 Julai.

“Pada masa sama, 11 penyelam juga menerima kalungan lesen Open Water Diving daripada baginda,” katanya.

Adib Azhari Daud

 ??  ?? ADIB menunjukka­n reka bentuk arca tukun replika Bangunan Sultan Ibrahim di Pulau Mensirip, Mersing.
ADIB menunjukka­n reka bentuk arca tukun replika Bangunan Sultan Ibrahim di Pulau Mensirip, Mersing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia