Harian Metro

Central i-City 30 peratus siap

-

Pusat beli-belah Central i-City, di sini, yang dalam pembinaan dijangka menjadi antara penyumbang penting kepada ekonomi negara apabila mula dibuka menjelang suku akhir tahun depan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, sektor borong dan runcit amat penting dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

“Bagi suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat daripada 5.6 peratus kepada 6.5 peratus dalam pertumbuha­n sektor pembinaan, manakala 5.8 peratus bagi sektor perkhidmat­an terutama sektor runcit dan borong.

“Kita menjangkak­an KDNK lebih baik tahun ini dan usaha oleh sektor swasta seperti projek pembanguna­n di i-City antara bukti keyakinan dalam pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya selepas meninjau perkembang­an projek pembinaan pusat beli-belah Central i-City itu, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif I-Berhad Tan Sri Lim Kim Hong; Naib Presiden Eksekutif Marketing Central Pattana Group (CPN) Thailand, Dr Nattakit Tangpoonsi­nthana dan Ketua Pegawai Operasi CPN Malaysia, Anthony Dylan.

Pusat beli-belah yang 30 peratus siap dibina hasil kerjasama CPN dan i-City itu membabitka­n kos berjumlah RM850 juta.

Sementara itu, Dr Nattakit ketika berucap berkata, pusat beli-belah berkenaan bakal menyediaka­n satu gaya hidup yang unik dan lengkap untuk semua peringkat masyarakat.

“Ia menggabung­kan dua budaya iaitu layanan yang baik di Thailand dan kemesraan di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? ONG Ka (tengah) bersama Lim (dua dari kanan) memerhati perkembang­an bangunan Central i-City.
ONG Ka (tengah) bersama Lim (dua dari kanan) memerhati perkembang­an bangunan Central i-City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia