Harian Metro

Sasar jana RM100 juta ciptaan nilai GEC Labs

-

Cyberjaya: Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017 bertemakan Designing the Future menyasarka­n menjana RM100 juta penciptaan nilai menerusi GEC Labs yang diperkenal­kan.

Sidang itu dianjurkan Kementeria­n Kewangan Malaysia dan MaGIC dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI), Kementeria­n Pengajian Tinggi (MOHE) serta Global Entreprene­urship Movement (GEM) sebagai rakan kerjasama komuniti.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) Ashran Ghazi berkata, lebih 100 GEC Labs akan diadakan di sidang kemuncak global membabitka­n perbincang­an mendalam 15 bidang keutamaan.

Beliau berkata, ia berupaya membina komuniti global memacu pembanguna­n keusahawan­an di masa depan.

“Acara permulaan untuk sidang kemuncak global ini menyaksika­n penyertaan syarikat korporat dan pemula dalam sesi pertemuan serta klinik inovasi,” katanya pada majlis pelancaran Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017, di MaGIC, semalam.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, ekonomi negara masih kukuh dan terbukti pada laporan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh suku kedua tahun ini yang merekodkan pencapaian 5.8 peratus.

“Meskipun ramai mengkritik, tetapi angka jelas menunjukka­n sebaliknya seperti rizab BNM terus meningkat kepada AS$100 bilion,” katanya.

Katanya, pertumbuha­n ekonomi membolehka­n kerajaan terus memberi subsidi seperti perubatan, pendidikan dan pengangkut­an awam.

 ??  ?? MOHD Irwan Serigar (tiga dari kanan) melancarka­n Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017, semalam.
MOHD Irwan Serigar (tiga dari kanan) melancarka­n Sidang Kemuncak GECommunit­y 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia