Harian Metro

Curiga menantu lembut

 Wanita ditahan polis selepas menyamar jadi lelaki untuk kahwini gadis

- Agensi

Seorang ibu yang curiga dengan suara dan bentuk fizikal calon suami anak perempuann­ya terkejut selepas mendapati bakal menantunya sebenarnya wanita.

Penipuan itu terbongkar sebelum anak perempuann­ya, Wilis Setyowati, 26, melangsung­kan perkahwina­n dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Pratama.

Pratama meminang wanita itu pada 31 Ogos lalu dan majlis pernikahan mereka dirancang pada Selasa lalu.

Bagaimanap­un, keluarga Wilis curiga selepas mendapati suara dan ciri fizikal Pratama tidak seperti lelaki.

Kerana curiga ibu wanita itu membuat laporan polis kerana mengesyaki Pratama adalah wanita.

Jurucakap polis Purworejo, Kholiq Mawardi berkata, susulan laporan itu polis menahan Pratama tetapi mendapati dokumen pengenalan diri menunjukka­n dia adalah lelaki.

“Kerana tidak berpuas hati, kami membawa Pratama ke hospital untuk pemeriksaa­n sebelum doktor mengesahka­n bahawa dia adalah wanita.

“Wanita itu akhirnya mengaku dia menyamar sebagai lelaki semata-mata mahu berkahwin dengan Wilis yang juga kekasihnya,” katanya.

Menurutnya, wanita itu atau nama sebenarnya Nova Aprida Avriani juga mengaku memalsukan dokumen pengenalan diri untuk menyamar sebagai lelaki.

“Kami kemudian menahan Nova Aprida dan menetapkan wanita itu sebagai suspek kes penipuan dan pemalsuan dokumen. “Suspek didakwa mengikut Fasal 263 berkaitan pemalsuan dokumen dan berdepan hukuman penjara enam tahun jika didapati bersalah,” jelasnya.

 ??  ?? NOVA Aprida (menutup muka) dibawa polis ketika ditahan kerana menyamar sebagai lelaki dan cuba berkahwin dengan seorang wanita. - Agensi
NOVA Aprida (menutup muka) dibawa polis ketika ditahan kerana menyamar sebagai lelaki dan cuba berkahwin dengan seorang wanita. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia