Harian Metro

Dua pulau hancur

- Reuters

 Lapan maut di Saint Martin, Barbuda musnah dibadai Irma

Lapan maut di Saint Martin, manakala Barbuda dilanda kemusnahan selepas dibadai Taufan Irma - antara ribut Atlantik terkuat pada abad ini sebelum dibimbangi menghala ke Florida.

Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terbunuh di empat pulau berasingan akibat Irma, yang disifatkan peramal cuaca Amerika Syarikat (AS) sebagai ribut Kategori Lima iaitu yang tertinggi untuk penarafan taufan negara itu.

Antigua dan Barbuda paling terjejas teruk. Barbuda, yang mempunyai 1,800 penduduk ‘musnah sepenuhnya,’ dengan 90 peratus kediaman dilaporkan rosak serta seorang disahkan maut, kata Perdana Menteri Gaston Browne.

Seorang lagi mangsa dilaporkan peluncur air maut ketika mengejar ombak besar di Barbados, manakala kerajaan Perancis berkata, sekurang-kurangnya dua orang mati di Saint Martin serta Saint Barthelemy, wilayahnya di Caribbean.

Irma dengan kekuatan angin 300 kilometer sejam, dijangka membadai Florida pada Sabtu atau Ahad ini, menjadikan­nya taufan besar kedua melanda tanah besar AS dalam tempoh dua minggu.

Walaupun kekuatan Irma ini boleh berubah dan ketepatan arah tidak menentu, ia dijangka kekal sekurang-kurangnya sebagai ribut Kategori Empat sebelum tiba di Florida.

Sementara itu, dua lagi taufan terbentuk Rabu lalu. Katia yang melanda Teluk Mexico tidak dijangka memberi ancaman kepada AS, tetapi menurut peramal cuaca AS, taufan Jose yang berada kira-kira 1,610 kilometer dari kepulauan Lesse Antilles di Caribbean, dijangka turut mampu mengancam tanah besar AS.

Ribut-ribut besar ini menyusul Taufan Harvey yang menyebabka­n 60 terkorban dengan kerosakan harta benda dianggarka­n sehingga AS$180 bilion (RM760 bilion) selepas membadai Texas dan Louisiana.

Anggota pengurusan kecemasan Florida mula meminTaufa­n dahkan penduduk sebagai persediaan menghadapi Irma, manakala pelancong diarahkan meninggalk­an kawasan peranginan Florida Keys di selatan negara itu, kelmarin.

 ??  ?? GAMBAR dari udara menunjukka­n kemusnahan akibat Taufan Irma di Philipsbur­g, Saint Martin, dikeluarka­n Jabatan Pertahanan Belanda, semalam. - EPA
GAMBAR dari udara menunjukka­n kemusnahan akibat Taufan Irma di Philipsbur­g, Saint Martin, dikeluarka­n Jabatan Pertahanan Belanda, semalam. - EPA
 ??  ?? SEORANG lelaki meredah cuaca
buruk di Puerto Rico ketika Taufan Irma melanda. - Reuters
SEORANG lelaki meredah cuaca buruk di Puerto Rico ketika Taufan Irma melanda. - Reuters
 ??  ?? NELAYAN mencuba nasib menangkap ikan di Santo Domingo, Republik Dominika sebelum negara itu dibadai Taufan Irma, semalam. - EPA
NELAYAN mencuba nasib menangkap ikan di Santo Domingo, Republik Dominika sebelum negara itu dibadai Taufan Irma, semalam. - EPA
 ??  ?? KERETA terbalik, manakala bumbung bangunan ditiup angin kencang di Saint Martin. - Daily Mail
KERETA terbalik, manakala bumbung bangunan ditiup angin kencang di Saint Martin. - Daily Mail
 ??  ?? SEORANG lelaki melihat rumahnya yang musnah di Barbuda. - Daily Mail
SEORANG lelaki melihat rumahnya yang musnah di Barbuda. - Daily Mail
 ??  ?? KAKITANGAN sebuah kedai menutup tingkap premis dengan papan lapis sebagai persediaan menghadapi Taufan Irma di Santo Domingo, Republik Dominika. - EPA
KAKITANGAN sebuah kedai menutup tingkap premis dengan papan lapis sebagai persediaan menghadapi Taufan Irma di Santo Domingo, Republik Dominika. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia