Harian Metro

‘Saya berhak menang’

- AFP

 Del Potro benam Federer dalam pertarunga­n epik lima set

Juan Martin Del Potro menyatakan dia berhak mengalahka­n Roger Federer pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat semalam, sekali gus menempah pertembung­an separuh akhir pagi esok menentang pilihan utama Rafael Nadal.

Del Potro, pilihan ke-24 dari Argentina, menundukka­n juara 19 acara Grand Slam itu 7-5, 3-6, 7-6 (10/8), 6-4 di Stadium Arthur Ashe, gelanggang yang mana Federer mendominas­i lawannya lebih sedekad.

“Saya fikir ia gelanggang saya juga,” kata Del Potro kepada penonton. “Anda membuatkan saya berasa gembira setiap kali saya bermain di sini dan saya sukakan sokongan anda.”

Del Potro berkata, dia berharap dapat mengulangi kemenangan­nya ke atas Nadal pada 2009 menjelang kemenangan epik lima set ke atas Federer bagi merangkul kejuaraan Grand Slam tunggalnya.

“Menentang Rafa, harapnya saya boleh mengulangi keputusan itu,” ujar Del Potro. “Saya sedar menentang Rafa penonton mungkin tidak menyebelah­i saya tapi saya harap anda menyorak untuk saya sekali lagi.

“Dia pemain nombor satu dunia tapi dengan sokongan menakjubka­n sebegini apa saja boleh berlaku.”

Federer, yang meluru ke bilik temu ramah selepas kekalahann­ya memuji Del Potro apabila berkata: “Juan Martin bertarung bagaikan seekor singa.

“Saya fikir dengan cara saya bermain sekarang ia tidak cukup untuk memenangi kejohanan ini. Lebih baik saya tersingkir dan orang lain memperoleh peluang untuk menang.”

Nadal, yang akan mengekalka­n status pemain nombor satu dunia berikutan penyingkir­an pilihan ketiga Federer, terdahulu mengalahka­n pemain remaja Russia, Andrey Rublev 6-1, 6-2, 6-2 dalam tempoh 97 minit.

Satu lagi pertembung­an separuh akhir mempertemu­kan pilihan ke-28 dari Afrika Selatan, Kevin Anderson dan pilihan ke-12 dari Sepanyol, Pablo Carreno-Busta.

“Juan Martin adalah pemain terhebat. Apabila dia bermain dengan baik, sukar untuk menghalang­nya. Pukulan depannya mungkin yang terpantas dalam jelajah,” kata Nadal yang memburu gelaran utama keduanya tahun ini selepas Terbuka Perancis.

Rublev yang berhasrat menjadi pemain termuda mara ke separuh akhir dalam tempoh 17 tahun tidak mengeluh akan kekalahann­ya kepada

Nadal.

“Dia mengajar saya: 1,

2 dan 2,” kata pemain

Russia itu yang tewas 16 daripada 19 mata terakhir set pembukaan dan menamatkan­nya dengan 43 error.

 ??  ??
 ??  ?? DEL Potro
DEL Potro
 ??  ?? FEDERER
FEDERER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia