Harian Metro

J Dah layak bukan alasan

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

urulatih Selangor, P Maniam tetap menganggap pertembung­an dengan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dalam aksi terakhir Kumpulan D Piala Malaysia di Larkin malam esok sebagai penting meskipun kedua-dua pasukan sudah mengesahka­n tempat ke peringkat seterusnya.

Selangor dan Johor DT kini terikat dengan 10 mata namun kelab Harimau Selatan itu memiliki kelebihan jaringan untuk mengunggul­i tangga teratas.

Maniam berkata, anak buahnya sudah bersedia untuk bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos dengan barisan terbaik selepas semua pemainnya bebas daripada kecederaan kecuali pemain pertahanan Raimi Mohd Nor.

“Lebih sebulan berehat, semua pemain dalam keadaan terbaik kecuali Raimi yang masih belum pulih daripada kecederaan. Kita sudah melakukan persiapan termasuk mengadakan dua aksi persahabat­an.

“Saya percaya pemain sudah bersedia, tapi kita sedar perlawanan di Larkin bukan mudah. Mereka cukup kebal di sana tanpa kalah. Tapi kita tiada tekanan kerana kedua-dua pasukan sudah layak,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Skuad Red Giants memiliki rekod baik ke atas Johor DT musim ini dengan kemenangan 3-2 di Selayang pada pertemuan pertama Piala Malaysia dan 2-1 pada aksi Liga Super, Ogos lalu.

Manakala ketika aksi Liga

 Selangor turun kesebelasa­n terbaik di Larkin

Super di Larkin pada Februari lalu, kedua-dua pasukan seri 0-0.

Selangor tidak boleh seri untuk muncul juara kumpulan, namun Maniam tak menganggap itu satu tekanan buat anak buahnya.

“Kita tak boleh seri untuk jadi juara kumpulan, namun untuk mendapat satu mata di Larkin juga satu pencapaian baik kerana mereka pasukan pilihan, tapi apa saja boleh berlaku nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia