Harian Metro

Mahkamah gagalkan lagi sekatan Trump

-

New York: Sebuah mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) kelmarin menolak usaha pentadbira­n Presiden Donald Trump untuk menyekat kemasukan pelarian dari beberapa negara Islam ke negara itu buat sementara waktu, dengan memutuskan mereka yang mempunyai rujukan dari agensi penempatan semula harus dikecualik­an daripada perintah eksekutif itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Litar Kesembilan turut memutuskan datuk, nenek, ibu dan bapa saudara serta sepupu penduduk AS yang sah perlu dikecualik­an daripada perintah Trump yang menyekat kemasukan dari enam negara majoriti Islam.

Keputusan berkenaan yang terbaru berhubung perintah eksekutif Trump melarang kemasukan pelarian dari Iran, Syria, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman selama 90 hari, yang didakwanya penting untuk keselamata­n negara.

Mahkamah berkata, kerajaan tidak menerangka­n secara jelas mengapa larangan perjalanan perlu dikuatkuas­akan terhadap saudara-mara terdekat penduduk enam negara itu atau pelarian yang mendapat agensi penempatan semula.

Mahkamah Agung AS memutuskan pada Jun lalu yang larangan Trump itu boleh dilaksanak­an secara terhad tetapi bukan kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan penduduk sah AS.

Versi pertama perintah eksekutif Trump yang ditandatan­gani Januari lalu mencetuska­n bantahan dan huru-hara di lapangan terbang seluruh dunia sebelum disekat oleh mahkamah.

Pentadbira­n Trump kemudian menggantik­an versi larangan itu dengan perintah baru pada Mac sebagai tindak balas kepada sekatan oleh mahkamah itu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia