Harian Metro

TAK ‘KAYU’ DEPAN KAMERA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Shaharudin miliki bakat lakonan,

model di luar dunia karate

Kebiasaann­ya seseorang yang berstatus atlet akan dilihat ‘keras’ untuk melakukan perkara lain di luar daripada bidangnya.

Tapi, kalau sudah berbakat, apa saja boleh dilakukan dan kadang-kala ia dilihat lebih berjaya daripada sukan hakiki diceburi.

Itulah yang dilalui atlet karate negara Shaharudin Jamaludin.

Meskipun berstatus atlet kebangsaan dan berperwata­kan ganas di atas gelanggang, siapa sangka atlet berusia 29 tahun itu mempunyai bakat berlakon dan menjadi model.

Jelas Shaharudin, segala-galanya bermula pada 2011 apabila dia mendapat tawaran sebuah produksi tempatan untuk berlakon filem Tamil.

“Saya memang tidak ada latar belakang dalam industri hiburan. Bakat yang saya ada hanyalah dalam bidang sukan saja.

“Saya terima tawaran filem pertama ini kerana watak diberikan adalah berkenaan sukan karate.

“Lagipun saya sudah biasa ditemurama­h depan kamera oleh wartawan.

“Jadi, saya fikir tidak ke- kok sangat sebab ada asas sedikit untuk berlakon di depan kamera,” katanya.

Jelas Shaharudin, bermula daripada situ dia terus aktif menerima tawaran untuk berlakon sebelum mengembang­kan bakat dalam bidang peragaan.

“Selepas berlakon ada rakan-rakan beritahu saya mempunyai rupa dan mungkin boleh mencuba sebagai model.

“Oleh kerana kulit saya ini gelap, saya ambil keputusan menyertai sebuah pertanding­an model India Malaysia.

“Daripada kira-kira 200 peserta, saya terpilih untuk berada dalam kelompok lapan terbaik.

“Alhamdulil­lah, selepas itu orang mula buka mata kepada saya apabila menerima beberapa tawaran berlakon,” katanya.

Jelas Shaharudin, setakat ini hampir kebanyakan filem yang disertainy­a adalah filem Tamil tempatan dan dia begitu teruja untuk menerima tawaran daripada syarikat produksi untuk berlakon filem Melayu.

“Saya sangat berminat untuk berlakon filem Melayu kerana pasarannya sangat besar di Malaysia.

“Antara drama yang saya cukup teruja untuk berlakon adalah Gerak Khas sebab ia drama mengenai anggota polis.

“Saya memang gemar watak anggota polis atau penjahat. Malah, filem yang saya berlakon sebelum ini juga banyak diberikan dua watak ini,” katanya yang baru saja meraih pingat gangsa pada

Sukan SEA

Kuala Lumpur baru-baru ini.

 ?? Shaharudin Jamaludin ?? Saya sangat berminat untuk berlakon filem Melayu kerana pasarannya sangat besar di Malaysia” SEDUTAN drama lakonan Shaharudin (kanan). SHAHARUDIN idam berlakon drama Gerak Khas.
Shaharudin Jamaludin Saya sangat berminat untuk berlakon filem Melayu kerana pasarannya sangat besar di Malaysia” SEDUTAN drama lakonan Shaharudin (kanan). SHAHARUDIN idam berlakon drama Gerak Khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia