Harian Metro

GILAP BAKAT MUDA

- FatinFarha­na Japre

iTQan Bowlers Group taja pemain boling berbakat di Melaka

dan negara suatu hari nanti.

“Setakat ini 12 pemain boling berusia 14 hingga 17 tahun yang berbilang bangsa dan berpotensi ‘menggengga­m’ emasbernau­ng di bawah iGB.

“Malah dalam masa terdekat, kami akan menjalanka­n sesi pemilihan bakat baru bagi menambah jumlah ahli iGB.

“Menerusi program ini, mereka akan diberi latihan sewajarnya oleh ketua jurulatih, Dave. Saya berharap dapat melihat anak muda kita mewakili negeri Melaka dengan mencatat lebih 200 mata untuk setiap ‘game’,” katanya.

Katanya lagi, pemain boling muda iTQan bukan saja diberi latihan secukupnya malah pihaknya turut menaja keperluan mereka dari segi kewangan untuk melangkah lebih jauh dalam sukan ini.

“Tugasmerek­a hanya fokus dan komited untuk melakar nama menerusi sukan ini tanpa memikirkan soal kewangan.

“Pihak saya akan menaja mereka dari segi yuran pendaftara­n pertanding­an, baju-T, jurulatih dan lain-lain.

“Kini pasukan ini dilatih untuk mempersiap­kan diri beraksi di kejohanan MILO All Starsyang bakal berlangsun­g tidak lama lagi dan beberapa kejohanan boling.

“Justeru, harapan saya amat besar untuk melihat semua ahli iGB membawa pulang emaspada masa hadapan,” katanya ketika ditemui di majlispela­ncaran iGB di Ampang Superbowl Mahkota Parade Melaka.

Ahli iTQan BowlersGro­up, Raakesh a/l Arikrishna­n, 17, berkata, dia sangat gembira terpilih untuk bernaung di bawah iGB selepas11 tahun menceburi sukan ini.

“Dengan kemudahan yang disediakan contohnya sesi latihan bersama jurulatih berpengala­man dan kewangan menjadikan kebajikan kami lebih terjaga.

“Ini peluang saya untuk menggilap bakat sedia ada dan membuktika­n kebolehan saya untuk mewakili negeri pada kejohanan boling akan datang.

“Saya akan berlatih bersungguh­sungguh dan memanfaatk­an kemudahan yang diberi untuk mendapatka­n emas!” katanya.

 ??  ?? PESERTA iBG berg ambar kenang an bersama ibu bapa dan peng asasnya, D r Abdul Razzak.
PESERTA iBG berg ambar kenang an bersama ibu bapa dan peng asasnya, D r Abdul Razzak.
 ??  ?? D R Abdul Razzak melancarka­n penubuhan iTQan Bowlers Group (iBG) bersama ibu bapa peserta.
D R Abdul Razzak melancarka­n penubuhan iTQan Bowlers Group (iBG) bersama ibu bapa peserta.
 ??  ?? SALAH seorang peserta menunjukka­n kemahirann­ya menjatuhka­n pin selepas pelancaran.
SALAH seorang peserta menunjukka­n kemahirann­ya menjatuhka­n pin selepas pelancaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia