Harian Metro

‘BERGURU’ LUMBA DI YOUTUBE

Tujuh remaja ditahan buat aksi ngeri dengan basikal lajak di jalan raya

- Mohamad Fahd Rahmat Fahd@hmetro.com.my

Semua basikal lajak milik remaja itu disita dan tujuh saman dikeluarka­n Abdul Wahib

Terpengaru­h dengan aksi bermain basikal lajak di laman sosial YouTube antara punca tujuh remaja lelaki berusia 13 hingga 15 tahun melakukan lagak ngeri menunggang basikal itu di jalan raya.

Semua mereka ditahan polis dalam Op Basikal Lajak di pusat bandar Batu Pahat, di sini, jam 4 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, polis menahan tujuh remaja itu bagi memastikan mereka tidak melakukan aksi membahayak­an diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, kumpulan remaja itu dibebaskan dengan amaran lisan selepas penjaga dan ibu bapa mereka dipanggil untuk sesi kaunseling.

Katanya, semua basikal lajak milik remaja itu disita dan tujuh saman dikeluarka­n terhadap penunggang basikal terbabit mengikut kaedah dan peraturan lalu lintas kerana mengubah suai struktur kenderaan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Ketika kami (polis) membuat rondaan dan pemantauan, anggota polis melihat satu kumpulan remaja bawah umur menunggang basikal lajak yang diubah suai sepenuhnya di Jalan Zabedah, Jalan Suasa dan Jalan Ungku Ahmad, di sini.

“Pasukan trafik membuat intipan dan mengekori sekumpulan remaja itu sebelum ditahan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, berikutan itu masyarakat terutama ibu bapa atau penjaga dinasihatk­an lebih bertanggun­gjawab dan memantau pergerakan serta aktiviti anak masing-masing terutama selepas waktu sekolah dan hujung minggu supaya tidak terjebak dengan aktiviti basikal lajak.

“Saya mendapat aduan dan rungutan orang ramai bahawa kegiatan budak berbasikal lajak ini sering mengganggu lalu lintas dan berbahaya kepada mereka terutama di kawasan taman sekitar bandar Batu Pahat.

“Isu ini juga dibawa ahli Majlis Perbandara­n Batu Pahat supaya polis terus memantau kegiatan negatif ini,” katanya.

Difahamkan, kebanyakan remaja di daerah ini mula terjebak dengan basikal lajak kerana terpengaru­h dengan aksi berbahaya yang dipaparkan beberapa kumpulan basikal lajak di daerah lain terutama Johor Bahru dan Lembah Klang.

Selain itu, mereka belajar cara berlumba dan menunggang dari beberapa laman sosial terutama WeChat sebelum berlumba sesama sendiri untuk mendapatka­n kelajuan diingini sebelum berkumpul di lokasi dijanjikan untuk berlumba dengan kumpulan lain.

 ??  ?? TUJUH remaja yang ditahan dalam Op Basikal Lajak di pusat bandar Batu Pahat, kelmarin.
TUJUH remaja yang ditahan dalam Op Basikal Lajak di pusat bandar Batu Pahat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia