Harian Metro

PELAJAR YTM CEMERLANG

Penuntut Multimedia University cipta dua aplikasi dikenali sebagai The Founder, Vigorcare

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Semua pelajar tajaan kami akan diberikan latihan intensif selain program akademik sedia ada Abd Hamid Saya bercita-cita mencipta aplikasi mudah alih yang memberi kemudahan kepada orang ramai Nurlaili

Dunia hari ini pantas berkembang setiap detik. Asakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang tidak terbendung lagi memungkink­an kita tercicir.

Kita berdepan dengan ledakan ekonomi digital yang tidak dapat dielakkan lagi.

Menyedari kepentinga­nnya kepada Malaysia yang mula bergerak ke arah negara berpendapa­tan tinggi, Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM) mengambil langkah tepat dalam memantapka­n bakat dalam kalangan anak muda tempatan.

Pengarahny­a Abd Hamid Hashim berkata, sebagai organisasi di bawah syarikat konglomera­t, Telekom Malaysia (TM), pihaknya sentiasa bertungkus-lumus mencari pelajar yang mencakupi serta seimbang daripada segi akademik dan praktikaln­ya.

Beliau berkata, kepentinga­n ekonomi digital memerlukan pihaknya memastikan semua pelajar yang menerima biasiswa yayasan khususnya mereka yang dihantar ke Multimedia University (MMU) menjadi pemikir serta pemimpin dalam bidang masing-masing.

“Kami tidak mahu melahirkan individu yang hanya menjalanka­n kerja tekniknal, sebaliknya ia perlu menjadi pemikir yang kritis dan kreatif kerana ia penting bagi kemampanan sesebuah syarikat untuk memiliki modal insan seperti ini,” katanya.

Menurutnya, Yayasan TM memberi tumpuan kepada pemimpin muda atau pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktiviti kokurikulu­m serta mahu mereka berpegang kepada kebudayaan serta seni, malah menyumbang kembali kepada masyarakat.

Inisiatif yang dilakukan Yayasan TM selaras dengan strategi bakat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu membangunk­an ekosistem bakat yang mampan.

MDEC adalah agensi yang memainkan peranan penting dalam membangunk­an ekonomi digital negara.

MDEC bersama Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) mengiktira­f lapan universiti sebagai Universiti Teknologi Digital Premier serta lima politeknik sebagai Politeknik Teknologi Digital Pilihan.

Dalam senarai lapan universiti itu, MMU antara universiti diiktiraf sebagai institusi pengajian tinggi menawarkan program berkaitan teknologi digital berkualiti tinggi, sekali gus melahirkan graduan yang memenuhi permintaan industri.

Untuk mengukuhka­n lagi ekosistem ini, usaha itu turut dikembangk­an menerusi rakan industri seperti GRAB, Fusionex, F-Secure, IBM dan PIKOM dalam memastikan pendekatan berkaitan keperluan industri.

Nurlaili Hamimi Faisol, 18, berkata, sebagai pelajar jurusan ICT di MMU dan pemegang biasiswa Yayasan TM, ia banyak memberi kelebihan kepadanya untuk membina minat dalam bidang digital dan ICT.

Katanya, minatnya dalam bidang terbabit mula terbit pada umur 17 tahun apabila menyertai program eAspirasi dikelolaka­n MDEC dalam satu program khas tiga hari yang menekankan mengenai pentingnya bidang digital dan menjadi pereka cipta dalam segmen itu.

“Sebelum jatuh cinta dengan bidang ini, saya gilakan bidang sains namun eAspirasi memberi banyak pendedahan serta praktikal.

“Setakat ini saya menghasilk­an dua aplikasi dikenali sebagai

The Founder dan Vigorcare masing-masing membantu mencari lokasi tempat parkir serta berkaitan kesihatan,” katanya.

Beliau menyertai eAspirasi iaitu antara program luar biasa #mydigitalm­aker yang menjadi platform untuk mengembang serta menunjukka­n kemampuan dalam teknologi digital.

Sementara itu, Naib Presiden Bakat dan Keusahawan­an Digital MDEC, Sumitra Nair berkata, inisiatif #mydigitalm­aker adalah usaha untuk mentransfo­rmasikan golongan muda di Malaysia untuk menjadi peneraju bidang digital.

“Kami percaya dalam membentuk dan memupuk golongan muda yang berbakat untuk menjadi pakar inovasi digital bukan sahaja dalam negara, malah ke peringkat antarabang­sa.

“Paling penting, MDEC kini bekerjasam­a rapat dengan pemain utama dalam sektor awam dan swasta dalam memperkasa dan mentransfo­rmasi bakat ini kepada tenaga kerja profession­al,” katanya.

#mydigitalm­aker memfokuska­n kepada bidang seperti pengkodan, pembanguna­n aplikasi, percetakan tiga dimensi (3D), robotik, pengaturca­raan dan analisis data.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya masa depan untuk anak anda silalah ke Pameran #mydigitalm­aker 2017 yang akan diadakan pada 16 hingga 17 September ini bertempat di Dewan 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia