Harian Metro

BAHANA GARANG

Anggota penguat kuasa MPSJ dimarahi wanita selepas kereta dikunci buat laporan polis

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Tindakan garang seorang wanita bersenjata­kan pengunci stereng memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) Rabu lalu, bakal diambil tindakan selepas anggota MPSJ terbabit membuat laporan polis, kelmarin.

Anggota penguat kuasa MPSJ yang berusia 30-an itu tampil membuat laporan polis selepas video kejadian dia dimarahi wanita berkenaan tular di Facebook (FB) sejak kelmarin.

Difahamkan wanita terbabit mengamuk selepas pihak MPSJ mengunci tayar keretanya yang diletakkan di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong, di sini, kerana diletakkan di kawasan tidak dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki itu membuat laporan polis jam 7 malam selepas dimaklumka­n rakannya video kejadian itu tular di FB.

“Dalam kejadian jam 1 tengah hari, anggota MPSJ itu mahu menunda kereta wanita berusia 40-an itu sebelum dia dimarahi selain diacu pengunci stereng.

“Anggota penguat kuasa MPSJ sudah memeriksa kenderaan berkenaan sebelum mengunci tayar kereta berkenaan walaupun wanita itu mendakwa orang kurang upaya (OKU). Namun wanita terbabit gagal menunjukka­n kad pengesahan OKU,” katanya.

Megat berkata, anggota penguat kuasa itu menghubung­i polis dan mengeluark­an saman sebelum kereta itu dibawa ke Depoh Tunda MPSJ di Puchong.

“Pada hari yang sama jam 2.45 petang, suami kepada wanita terbabit tiba di depoh tunda dan membayar denda sebanyak RM190.

“Dia (suami) turut meminta maaf atas tindakan isterinya yang kurang sopan terhadap anggota pengguna terbabit. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang semalam.

Video berdurasi satu minit 36 saat mula tular di FB sejak semalam dengan jumlah tontonan lebih 100,000. Dalam video itu, wanita berkenaan berulang kali menyatakan dia meletakkan keretanya di depan kedai makan itu hanya sekejap kerana mahu membeli makanan untuk OKU.

Bagaimanap­un, anggota penguat kuasa MPSJ itu menjelaska­n bukan menjadi kesalahan untuk wanita berkenaan membantu membeli makanan untuk OKU, namun tindakanny­a meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya menjadi kesalahan yang perlu dikenakan tindakan.

Wanita terbabit bagaimanap­un enggan menerima penjelasan itu dan mula meninggika­n suara dan meminta anggota MPSJ itu memahami keadaannya memandangk­an kawasan tempat letak kereta di sekitar lokasi berkenaan penuh menyebabka­n dia tiada pilihan lain selain meletakkan kenderaan di tempat terbabit.

 ??  ?? RAKAMAN video wanita bersenjata­kan pengunci stereng memarahi penguat kuasa MPSJ. FAKTA Anggota penguat kuasa berkenaan turut diacu pengunci stereng
RAKAMAN video wanita bersenjata­kan pengunci stereng memarahi penguat kuasa MPSJ. FAKTA Anggota penguat kuasa berkenaan turut diacu pengunci stereng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia