Harian Metro

DAH TUTUPLAH!

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Biarpun arahan sudah dikeluarka­n supaya Bukit Broga, di sini, tidak didaki namun empat sekeluarga ditemui tersesat ketika menjalanka­n kegiatan riadah di kawasan berkenaan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, empat mangsa terpaksa dibawa turun ke kaki bukit oleh anggota bomba dan penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.08 tengah hari sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kami menerima panggilan daripada seorang mangsa iaitu Fatin Nadiah Mat Arip, 25, yang memaklumka­n dia bersama kakaknya, Hayaty Mat Arip, 44, serta anak saudaranya, Muhammad Saadun, 18, dan Siti Fatimah Saadun, 13, sesat di bukit berkenaan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada jam 1.15 tengah hari sebelum mereka berjaya ditemukan pada jam 2.16 petang,” katanya.

Mohd Sani berkata, ketika ditemui, seorang mangsa iaitu Hayaty mengalami kekejangan pada bahagian kaki.

“Kami terpaksa menggunaka­n pengusung untuk membawa mangsa menuruni bukit berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Selangor mengumumka­n penutupan sementara semua aktiviti rekreasi dan pelanconga­n di Bukit Broga selama tiga bulan bermula 18 Ogos lalu bagi tujuan pelaksanaa­n kerja mitigasi dan pemulihan tanah oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran aktiviti penerokaan tanah kerajaan negeri itu seluas 57 hektar.

Empat pendaki langgar larangan sesat ketika daki Bukit Broga

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa turun mangsa yang sesat di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
ANGGOTA bomba membawa turun mangsa yang sesat di Bukit Broga, Semenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia