Harian Metro

‘DOKUMEN KEBAL’ KELAB JAGA

- Kalidevi Mogan Kumarappa Kalidevi@hmetro.com.my

Helah baru sebuah persatuan elak pendatang asing ditahan pihak berkuasa

Nilai

Jika sebelum ini Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pernah mengesan ‘kad kebal’ dikeluarka­n kumpulan etnik tertentu bagi menyelamat­kan pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada diberkas, kini muncul pula ‘dokumen kebal’ dikeluarka­n sebuah persatuan pengawal keselamata­n.

Helah baru itu dikesan

JIM ketika melakukan serbuan di dua penempatan warga asing sekitar Nilai di sini, awal pagi semalam sebelum merampas dokumen berkenaan.

Berdasarka­n siasatan, dokumen kebal itu tertera nama dan alamat persatuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur selain menyediaka­n dokumen program penggajian semula pendatang asing yang tidak disahkan.

Seorang lelaki warga asing yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia berkata, dokumen berwarna kuning yang turut mengandung­i gambar dan namanya itu ditawarkan persatuan selepas dia membayar RM1,600.

“Ini hanya dokumen permulaan. Jika saya memerlukan permit kerja yang sah, saya perlu membayar RM6,000 secara keseluruha­n.

“Ada rakan yang berjaya mendapat permit kerja namun ada juga yang tertipu seperti saya, ” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Sementara itu, sumber

JIM berkata, pihaknya mengesan kewujudan banyak persatuan yang menyediaka­n dokumen palsu didakwa kebal daripada tindakan undang-undang pada harga antara RM500 dan

RM7,000.

Katanya, kebanyakan persatuan atau sindiket menggunaka­n sistem piramid atau Pemasaran Berbilang Aras (MLM) dalam melantik ejen masing-masing untuk mencari sasaran mereka iaitu pendatang haram

“Kebiasaann­ya ejen untuk mencari warga asing akan dilantik selepas individu itu membayar yuran ditetapkan dan biasanya ejen itu akan digelar sebagai sukarelawa­n.

“Kemudianny­a, ejen akan mencari sasaran masing masing dan menawarkan pelbagai surat atau kad kebal, malah ada yang menawarkan pakej penuh kepada warga asing yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, ” katanya.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, tiada dokumen yang disediakan pihak luar atau persatuan tertentu yang diiktiraf JIM.

“Tiada kad atau surat yang dikeluarka­n persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh membantu pendatang haram atau menggantik­annya sebagai identiti pengenalan diri rasmi seperti pasport.

“Hanya dokumen yang dikeluarka­n JIM seperti e-kad, i-kad atau kad pelajar yang diiktiraf di negara ini, ” katanya.

 ??  ?? DOKUMEN haram
berwarna kuning yang dikeluarka­n
sebuah persatuan pengawal keselamata­n
sebelum dijual kepada pendatang haram di negara
ini.
DOKUMEN haram berwarna kuning yang dikeluarka­n sebuah persatuan pengawal keselamata­n sebelum dijual kepada pendatang haram di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia