Harian Metro

BUANG KAD DI DUSUN

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

“Saya percaya perbuatan ini angkara penjenayah yang sengaja membuang barang samun dalam dusun durian ayah,” kata Muhammad Fauzi Mat Ghani, 24, yang menemui dokumen penting milik seorang wanita di dalam semak berdekatan rumahnya di Beserah, di sini, Khamis lalu.

Antara dokumen ditemui kad pengenalan, kad hijau Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan enam kad juruwang automatik (ATM) pelbagai bank serta dompet milik mangsa.

Muhammad Fauzi berkata, sebelum itu dia bercadang menebas semak di belakang rumahnya untuk menjaga kebersihan dusun durian milik bapanya jam 3 petang.

Katanya, ketika menemui dokumen itu kedudukann­ya berselerak dan tertimbus dengan tanah dan dia mengutip untuk melihat identiti pada kad pengenalan.

Lelaki itu berkata, dia percaya semua dokumen berkenaan sudah lama dibuang berdasarka­n separuh daripadany­a tertimbus dalam tanah.

“Selepas menemui barangan itu, saya menghebahk­an penemuan dalam WhatsApp jika ada rakan mengenali pemiliknya supaya dapat diserahkan secepat mungkin kepada orang berkenaan.

“Ada pemanggil menghubung­i saya mendakwa dia mengenali pemilik dokumen itu malah ada mengatakan pemiliknya orang kenamaan.

“Saya hendak pergi serah sendiri kepada pemiliknya berdasarka­n alamat pada kad pengenalan namun malangnya tidak mempunyai kenderaan selain menjaga ibu dan bapa yang kurang sihat,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muhammad Fauzi berkata, namun dia bersyukur apabila pemilik dokumen berkenaan menghubung­inya dan mengambil barangan terbabit jam 6 petang kelmarin.

“Saya difahamkan dokumen itu hilang selepas kereta pemiliknya dipecahkan. Syukur semua selesai dan saya dapat serahkan dokumen itu kepada pemiliknya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi, di sini, semalam, memaklumka­n pihaknya pernah menerima laporan berhubung kejadian pecah kenderaan dibuat pemilik dokumen terbabit.

Dokumen penting milik mangsa samun ditemui dalam semak

 ??  ?? DOKUMEN mangsa samun yang ditemui di dusun durian.
DOKUMEN mangsa samun yang ditemui di dusun durian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia