Harian Metro

MERSING DAERAH PELANCONGA­N

- Oleh Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

Daerah pelanconga­n istimewa ini sememangny­a popular dengan produk berasaskan hasil laut selain memiliki banyak pulau tropika yang cantik dan mempesonak­an di pesisiran pantainya.

Daripada keenakan keropok lekor dan kehalusan kraftangan buatan masyarakat setempat serta keindahan pulau eksotiknya, daerah Mersing di Johor ternyata mempunyai tarikan tersendiri merangkumi bentuk landskap sehingga perkhidmat­an nilai tambah yang ditawarkan kepada penduduk, pengunjung mahupun pelancong.

Selain itu, layanan ramah mesra dan harga barangan mahupun perkhidmat­an yang berpatutan serta suasana persekitar­an yang bersih akan menggamit pengunjung dari luar untuk datang dan kembali ke daerah peranginan itu.

Misalnya, barangan cenderamat­a seperti kemeja-T dengan corak santai dan kraftangan lain boleh didapati di Kompleks R&R dekat Jeti Mersing.

Bagi penggemar keropok lekor, ia boleh dibeli di gerai Mersing Kanan manakala keropok kering berasaskan pelbagai jenis ikan dan hasil laut lain seperti ikan masin dan sotong kering pula boleh dibeli di Jalan Jemaluang.

Menerusi kepelbagai­an keistimewa­an yang ditawarkan, tidak mustahil daerah dan kepulauan Mersing mampu menjadi destinasi pelanconga­n serantau utama.

Apatah lagi, Majlis Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sedang giat mempromosi­kan projek pelanconga­n di Mersing yang juga sebahagian daripada konsep Dari Hutan Hujan ke Terumbu Karang atau

(R2R). Ia bertujuan menyatukan semua produk, aset dan pembanguna­n eko-pelanconga­n dari

Taman Negara EndauRompi­n hingga ke kawasan pantai, pulau dan terumbu karang di perairan Mersing, termasuk Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu,

Pulau Aur dan Pulau Tinggi sebagai sebuah destinasi pelanconga­n serantau utama.

Antara pembanguna­n projek pelanconga­n yang akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung adalah Mersing Harbour Centre, sebuah pusat bersepadu yang dilaksanak­an oleh ECERDC.

Kompleks yang bakal menempatka­n lebih daripada 50 lot kedai dan kios pelbagai jualan jenis makanan, minuman tempatan dan kraftangan unik ini akan dirasmikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada hari ini sempena Kembara Mahkota Johor 2017.

Keutamaan ruang perniagaan di kompleks itu akan diberi kepada peniaga dan usahawan daripada komuniti B40. Seramai sembilan usahawan adalah peserta program Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an empower ECER.

Pusat ini dilengkapi dengan kemudahan seperti tempat letak kereta, kaunter maklumat, dewan pameran, surau, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan lain yang akan membantu meletakkan pusat ini sebagai lokasi sehenti untuk pelancong serta penduduk tempatan.

Pelancong yang bercuti di Mersing dan pulaupulau berhampira­n juga berpeluang menikmati pelbagai perkhidmat­an serta kemudahan di Pusat Informasi dan Perkhidmat­an Taman Laut Sultan Iskandar (PIPTLSI) yang bakal dibina oleh ECERDC di Pulau Besar.

Pusat itu turut berfungsi sebagai Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) bagi gugusan kepulauan di Mersing dengan menawarkan pelbagai khidmat dan kemudahan awam di bawah satu bumbung meliputi kaunter informasi, pusat pameran, surau, klinik, balai polis dan juga kafeteria.

Penduduk tempatan juga boleh mendapatka­n kemudahan perkhidmat­an agensi kerajaan seperti Majlis Daerah Mersing dan Jabatan Laut Wilayah Selatan di RTC.

ECERDC turut bekerjasam­a dengan agensi kerajaan yang berkaitan iaitu Unit Perancanga­n Ekonomi Negeri Johor (UPEN Johor) untuk membina dan menambahba­ik prasarana asas di Mersing dan lima pulau berhampira­n iaitu Pulau Besar, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Tinggi.

Beberapa projek seperti program Inap Desa Air Papan (KampungSta­y Air Papan) berkonsepk­an kampung budaya, pembanguna­n dan menaik taraf kemudahan perikanan rekreasi di Tanjung Penyabong dan prasarana jalan raya juga sudah dilaksanak­an.

Projek itu bukan sahaja mampu meningkatk­an jumlah kehadiran pelancong, malah turut meningkatk­an tahap pendapatan penduduk setempat dan masyarakat Orang Asli.

Selain memberi impak dari segi peningkata­n kehadiran pelancong, ia turut mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawan­an kepada penduduk setempat.

Impak peningkata­n kehadiran pelancong mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawan­an kepada penduduk setempat

 ??  ?? PULAU Besar, Mersing.
PULAU Besar, Mersing.
 ??  ?? MERSING Harbour Centre.
MERSING Harbour Centre.
 ??  ?? MEDAN Ikan Bakar Endau.
MEDAN Ikan Bakar Endau.
 ??  ?? Kluang RailCoffee, Mersing.
Kluang RailCoffee, Mersing.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia