Harian Metro

ELAK LEMAS BERULANG

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Kerajaan negeri akan meningkatk­an tahap keselamata­n di Lata Janggut, di sini, untuk mengelakka­n kejadian tiga penuntut Politeknik Jeli lemas berulang.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya berbincang dengan pelbagai pihak berkaitan untuk memastikan kawasan rekreasi seperti di Lata Janggut selamat untuk orang awam.

“Kita akan adakan perbincang­an dengan pelbagai pihak untuk melihat bagaimana tahap keselamata­n di kawasan terbabit dapat dipertingk­atkan untuk mengelakka­n kejadian sama berulang.

“Antara langkah yang boleh diambil ialah mengenal pasti kawasan berbahaya untuk mandi dan memasang papan tanda sebagai peringatan kepada pengunjung,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan, tiga penuntut Politeknik Jeli ditemui lemas ketika mandi di Lata Janggut, di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa Muhamad Farid Rozi, Putra Izzad Iskandar Zulkifli dan Muhammad Ikram Faiz Muhammad Faisal, masing-masing berusia 18 tahun ditemui orang awam dan bomba.

Mayat Muhd Farid dan Putra Izzad ditemui jam 10.15 pagi oleh orang awam manakala mayat Muhamad Ikram ditemui bomba jam 11.21 pagi.

Semua mayat dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat.

Mengulas lanjut, beliau menasihatk­an pengunjung sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamata­n diri dan keluarga ketika melakukan aktiviti rekreasi.

“Kita menggalakk­an masyarakat melakukan aktiviti rekreasi di dalam negeri, namun dalam kita bersuka ria, keselamata­n perlu diutamakan.

“Kerajaan negeri turut mengucapka­n takziah kepada tiga keluarga yang terbabit dalam insiden itu,” katanya.

Tahap keselamata­n di Lata Janggut dipertingk­at

 ??  ?? PENUNTUT Politeknik Jeli mangsa lemas di Lata Janggut ditemui orang awam dan bomba.
PENUNTUT Politeknik Jeli mangsa lemas di Lata Janggut ditemui orang awam dan bomba.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia