Harian Metro

Pasukan khas ATM siap siaga

-

Subang: Bagi membantu menangani krisis kemanusiaa­n etnik Rohingya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia dengan pasukan khas untuk digerakkan ke kawasan itu bila-bila masa.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, pihaknya memantau rapat perkara itu dan sudah mewujudkan pasukan khas.

“Dan pasukan ini boleh bergerak bila-bila masa. Kalau kata nak bergerak hari ini dalam masa tiga jam kita gerakkan dalam masa tiga jam.

“Pasukan itu sedia sekarang dan Kementeria­n Pertahanan amat prihatin perkara ini. Kelulusan juga diberikan Menteri

Pertahanan (Datuk Seri Hishammudd­in Hussein) untuk terlibat langsung dalam kerja bantuan kemanusiaa­n ini,” katanya pada sidang media sempena pelepasan pesawat Misi Kemanusiaa­n Untuk Rohingya di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di sini, semalam.

Pelepasan disempurna­kan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia membabitka­n dua pasukan dengan didahului pasukan tinjauan ke Chittagong, Bangladesh diketuai Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Laksamana Muda Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad.

Kemudian, pasukan kedua ke Dhaka diketuai Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal.

Tinjauan dilakukan bertujuan mendapatka­n gambaran sebenar dan mengenal pasti bentuk bantuan kemanusiaa­n mampu disediakan Kementeria­n Pertahanan dan ATM.

Ia meliputi keperluan rancangan penempatan kontinjen ATM serta bantuan fizikal disediakan kerajaan Bangladesh meliputi perlindung­an keselamata­n, kemudahan kenderaan, perhubunga­n, penginapan dan sajian, lokasi penyimpana­n peralatan dan peralatan sokongan kecemasan seperti jana kuasa dan bahan bakar.

Selain itu, bentuk bantuan fizikal yang diperlukan oleh kerajaan Bangladesh.

Raja Mohamed Affandi berkata, pihaknya bersedia mewujudkan hospital bergerak di kawasan itu.

Pasukan ini boleh bergerak bila-bila masa. Kalau kata nak bergerak hari ini dalam masa tiga jam kita gerakkan dalam masa tiga jam”

Mohamed Affandi

 ??  ?? ANGGOTA TUDM mengangkat makanan untuk dimuatkan ke dalam pesawat.
ANGGOTA TUDM mengangkat makanan untuk dimuatkan ke dalam pesawat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia