Harian Metro

‘JANGAN AMBIL MUDAH’

-

Rakyat Malaysia perlu mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dikecapi dalam apa jua situasi, suasana dan keadaan, titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Seri Paduka bertitah baginda yakin rakyat sudah banyak mempelajar­i dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di beberapa negara di dunia, terutama di Timur Tengah, yang sedang berhadapan dengan peperangan bersenjata, bermandika­n darah, berhadapan dengan pergolakan, kekacauan yang seolah-olah tiada noktah penghujung.

“Lantaran itu, beta menyeru seluruh rakyat beta yang dikasihi supaya sentiasa menghargai usaha menjaga keamanan dan keselamata­n negara, jangan pandang remeh dan mengambil mudah,” titah baginda pada majlis sambutan Hari Keputeraan baginda, semalam.

Sultan Muhammad V bertitah rakyat juga harus berwaspada dengan perkembang­an negatif akhir-akhir ini, dengan munculnya ancaman kumpulan pengganas yang kian serius dan membimbang­kan di seluruh dunia, dan turut tidak terkecuali, negara ini.

Beta yakin dengan kemampuan pihak Polis Diraja Malaysia dan agensi lain dengan kerjasama dan sokongan rakyat seluruhnya, pembantera­san ke atas anasir dan sel ekstrem itu dapat diatasi,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah baginda optimis dan menaruh harapan tinggi terhadap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang menjadi aset yang paling berharga akan terus melangsung­kan agenda perpaduan dan kerukunan hidup.

“Beta menyeru seluruh rakyat beta yang dikasihi terus memelihara dan menyuburka­n perasaan dan sikap kemuafakat­an yang penuh bermakna, yang sejak sekian lama dipupuk dan dibaja,” titah baginda.

Seri Paduka bertitah baginda berharap dan mendoakan agar ekonomi negara dapat mengekalka­n momentum pertumbuha­n dengan lebih kukuh lagi.

“Sokongan rakyat seluruhnya sangat penting bagi membolehka­n agenda ekonomi lebih cemerlang.

Hentikanla­h tindakan negatif yang merugikan negara, dengan membuat telahan dan andaian yang tidak bertanggun­gjawab seolah-olah ingin melihat ekonomi negara runtuh dan negara jadi bankrap,” titah baginda.

Seri Paduka turut menzahirka­n rasa optimis baginda terhadap peranan kerajaan.

“Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran semasa, beta percaya dengan mandat, sokongan dan dukungan semua rakyat kerajaan beta akan terus cekal dan tabah mengatur strategi dan agenda negara bagi membolehka­n negara dan rakyat Malaysia terus dihormati dan disegani,” titah baginda. – BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong seru rakyat hargai usaha jaga keamanan, keselamata­n negara

 ??  ?? SULTAN Muhammad V berkenan berangkat meninggalk­an Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.
SULTAN Muhammad V berkenan berangkat meninggalk­an Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia