Harian Metro

103 terima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017

-

Tiga tokoh ternama antara 103 penerima yang mendahului senarai penerima Darjah

Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutua­n 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, di sini, semalam.

Mereka ialah Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif serta dua bekas menteri kabinet, Tun Michael Chen Wing Sum dan Tun S Samy Vellu. Ketiga-tiga mereka dianugerah­kan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun.

Sementara itu, seramai 51 individu dianugerah­kan darjah kebesaran yang membawa gelaran Tan Sri sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, semalam.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dianugerah­kan darjah kebesaran Panglima Mangku Negara

(P.M.N.).

Seramai 48 individu pula menerima darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.

Mereka ialah Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Wira Aziah Ali, Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Turut menerima darjah kebesaran itu ialah Bekas Ketua Pengarah ICU Datuk Seri Dr Rahamat Bivi

Yusoff, Tengku Temenggong Kelantan Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Sharifah Zarah Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial

Syed Ahmad dan Pengerusi Lembaga Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad Datuk Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail turut menerima darjah kebesaran P.S.M.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman pula disenarai antara penerima darjah itu bagi kategori pertubuhan politik yang turut menyenarai­kan dua veteran UMNO Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dan Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed.

Turut menerima anugerah itu ialah

Yang Dipertua

Dewan Negara

Datuk Seri S

Vigneswara­n.

Dalam kategori pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun pula, penerima gelaran itu ialah Gabenor Bank Negara

Datuk Muhammad Ibrahim, Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz.

Dua panglima daripada perkhidmat­an ATM turut menerima darjah kebesaran P.S.M. iaitu Panglima

Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi

Buang. - BERNAMA

 ??  ?? RAJA Mohamed Affandi dikurniaka­n Darjah Panglima Mangku Negara.
RAJA Mohamed Affandi dikurniaka­n Darjah Panglima Mangku Negara.
 ??  ?? ZULKIPLE Kassim dikurniaka­n darjah kebesaran.
ZULKIPLE Kassim dikurniaka­n darjah kebesaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia