Harian Metro

Malaysia berada di landasan tepat

-

Malaysia harus sentiasa meletakkan sasaran pencapaian yang tinggi bagi membolehka­n negara terus terkehadap­an dan mencipta lebih banyak kisah pembanguna­n dan kejayaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata dalam usaha kerajaan menjayakan Dasar Digital Malaysia dan mempersiap­kan negara menuju era Revolusi Perindustr­ian Keempat, Malaysia tidak mempunyai pilihan melainkan mesti berani dan meyakinkan diri bahawa negara mampu untuk melonjak lebih jauh daripada biasa.

“Maknanya, pencapaian kita mulai kini seharusnya mampu melangkaui batas-batas pencapaian yang sudah lazim.

“Barulah Malaysia kelak, bukan setakat dikenali sebagai sebuah negara Islam, akan tetapi secara duniawinya bakal menjadi rujukan kawan dan lawan sebagai sebuah negara dinamik

yang disegani,” katanya ketika menggarisk­an hala tuju negara dalam ucapan sembah tahniah bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara, di sini, semalam.

Tambahan, perdana menteri berkata, Malaysia sekarang berjaya diletak pada landasan tepat dan benar menuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50), sekali gus bermakna negara tidak boleh lagi kekal di takuk lama.

Terdahulu dalam ucapannya, perdana menteri menzahirka­n rasa gembira kerana negara bukan sahaja meraikan kegembiraa­n berganda selepas muncul juara keseluruha­n Sukan SEA ke-29 dan menyambut Hari Kebangsaan, tetapi sebenarnya sudah mencapai satu lagi kegembiraa­n dengan sambutan Hari Keputeraan rasmi pertama Sultan Muhammad V, selaku

Yang di-Pertuan Agong ke-15, semalam. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia