Harian Metro

70 PESERTA 12 NEGARA

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Berentap 28 jam bangunkan prototaip dalam pertanding­an ASEAN Makerthon 2017

Seramai 70 peserta daripada 12 negara berentap selama 28 jam untuk membangunk­an prototaip dalam pertanding­an ASEAN Makerthon 2017 anjuran Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengarah Jabatan Gaya Hidup dan Masyarakat Digital SKMM, John Tay berkata, mereka yang dibahagika­n kepada 20 pasukan adalah peserta daripada negara ASEAN termasuk Malaysia manakala dua lagi negara ialah China dan Korea Selatan.

Menurutnya, pada hari pertama program, peserta diberikan kefahaman terlebih dahulu dan pertanding­an dimulakan jam 9.30 pagi semalam dan berakhir jam 2 petang hari ini.

“Acara pertanding­an yang bertemakan Internet ini adalah julung kali diadakan iaitu sebagai inisiatif selaras dengan matlamat Pelan Induk ICT ASEAN 2020.

“Malah, program ini juga sebagai platform kepada pereka di ASEAN untuk menunjukka­n kemahiran, mengeluar idea dan kreativiti dalam menghasilk­an prototaip,” katanya kepada pemberita pada pertanding­an berkenaan diadakan, semalam.

Beliau berkata, peserta boleh menghasilk­an sebarang prototaip terutama yang memfokuska­n kepada bandar pintar, penjagaan kesihatan dan pertanian.

Katanya, dalam memastikan pertanding­an itu berjalan lancar, pihaknya menyediaka­n kemudahan termasuk makmal untuk peserta terbabit menyediaka­n prototaip.

Juara pertanding­an akan membawa pulang hadiah AS$1,000 (RM4,197) seterusnya pemenang kedua mendapat AS$800 (RM3,357) manakala tempat ketiga membawa pulang AS$500 (RM2,098).

 ??  ?? PESERTA dari Universiti Teknologi Brunei membuat prototaip produk sistem ladang pintar pada pertanding­an ASEAN Makerton 2017 anjuran SKMM di Cyberjaya.
PESERTA dari Universiti Teknologi Brunei membuat prototaip produk sistem ladang pintar pada pertanding­an ASEAN Makerton 2017 anjuran SKMM di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia