Harian Metro

PERIKSA FIZIKAL ANAK

- Mohd Azam Shah Yaacob mohdazam@hmetro.com.my

Kebelakang­an ini, sudah menjadi kebiasaan kalangan ibu bapa untuk menghantar anak ke pusat asuhan untuk dijaga sepanjang waktu mereka bekerja.

Malah, jika ditinjau ke pusat asuhan di negara ini, ia pasti sentiasa penuh dengan anak kecil ada antaranya seawal usia tiga bulan.

Permintaan terhadap khidmat jagaan ini menjadikan pusat asuhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan termasuk yang tidak berdaftar.

Lebih teruk lagi, ada tenaga kerja di pusat asuhan tidak mempunyai pengalaman untuk mengasuh kanak-kanak dalam jumlah ramai serta umur yang berbeza.

Ketiadaan pengalaman menyebabka­n penjaga di pusat asuhan tidak mampu menghadapi tekanan terhadap kerenah kanak-kanak seterusnya bertindak kejam dan melakukan penderaan pada mereka.

Justeru, menerusi tinjauan Suara Maya di laman web myMetro bertajuk #langkah bagi memastikan keselamata­n anak di pusat asuhan terjamin, sebanyak 60 peratus responden bersetuju ibu bapa ambil tahu keadaan fizikal anak sebelum menghantar dan ketika mengambil anak mereka bagi mengenal pasti jika ada tanda penderaan fizikal.

Sebanyak 20 peratus bersetuju agar menghantar anak pada pusat asuhan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sementara itu 20 peratus lagi bersetuju ibu bapa memastikan pusat asuhan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah pemilik pusat asuhan memantau tenaga kerja daripada melakukan sebarang perlakuan buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia