Harian Metro

MAZHAB SYAFIE WAJIBKAN PURDAH

-

Apakah hukum memakai purdah? Adakah ia wajib? Minta ustaz kongsikan ayat al-Quran dan hadis nabi berkaitan purdah.

IZA, Batu Caves

adalah perkara yang diperselis­ihkan dalam kalangan ulama dalam memahami kesempurna­an menutup aurat. Mereka sepakat menyatakan kewajipan menutup aurat. Dalam pandangan mazhab as-Syafie, pemakaian purdah adalah kewajipan. Justeru, setiap mazhab mempunyai hujah dan kaedah memahami penghujaha­n itu.

Kebanyakan mazhab bersetuju sekiranya seorang wanita yang khuatir dengan fitnah maka dia wajiblah berpurdah, kecuali sedang beribadat seperti berihram dan solat yang tiada lelaki luar melihatnya.

Saidatina Aisyah RA meriwayatk­an hadis bermaksud; “(Wanita-wanita Muhajirin), ketika turun ayat ini: ‘Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada (dan leher) mereka.’ (Surah An-Nur: 31) Mereka menarik selimut mereka lalu mereka berhijab dengannya.” (HR Al-Bukhari)

Ini menunjukka­n wanita ketika zaman jahiliah tidak menutup aurat dan apabila turunnya ayat berkaitan, mereka segera mengikuti perintah itu tanpa menangguhn­ya.

Petikan kitab mazhab as-Syafie menyatakan: “Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian mempunyai gambar, atau pakaian mempunyai lukisan atau wanita yang memakai niqab (purdah) kecuali di sana terdapat lelaki asing (ajnabi) yang tidak menjaga pandangan mereka terhadapny­a, maka tidak harus untuk membuka niqab (purdah) dan wajib terhadapny­a untuk menutup. (Iqna) Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia