Harian Metro

Anak kafir mahu harta pusaka ibu Muslim

-

hak waris (anak) yang bukan Islam menuntut harta pusaka ibu yang sudah memeluk Islam selepas ibu meninggal dunia?

X Kepala Batas

bagi orang Islam hanyalah tertakluk pada orang Islam saja. Islam sudah mempunyai hukum tersendiri mengenai pembahagia­n harta pusaka yang ditentukan melalui alQuran dan sunnah. Namun, ia boleh diselarask­an bagi memastikan keadilan kepada yang bukan Islam, sama ada melalui hadiah, hibah dan wasiat.

Keadilan Islam menyeluruh walaupun terhadap bukan Muslim. Sebagaiman­a firman

Allah bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangka­n kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.

“Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwala­h kepada Allah, sesungguhn­ya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah:8)

Terdapat agensi yang menguruska­n perkara yang berkaitan dengan perwarisan ini. Contohnya Amanah Raya Berhad, mereka mempunyai prosedur tertentu yang perlu dipenuhi seperti penentuan hak milik dan sebagainya. Wajar ingat bahawa perlunya bukti dan saksi serta dokumen berkaitan supaya tuntutan yang dipohon lebih mudah dibicaraka­n dan diselesaik­an.

Ada juga pendapat yang menyatakan hanya Muslim boleh memiliki harta peninggala­n yang bukan muslim dan bukan sebaliknya. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia