Harian Metro

Sedekah atas nama arwah ibu bapa

-

hukum kita melakukan sedekah, derma atau wakaf di atas nama ibu bapa yang sudah meninggal dunia? Adakah pahala sedekah itu sampai kepada mereka?

DIN, Ipoh

sedekah, derma mahupun wakaf atas nama ibu bapa adalah diharuskan dan sampai kepada mereka. Ia sebahagian daripada doa, sebagaiman­a yang diajarkan Allah dengan firman-Nya bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan ibu bapaku serta orangorang yang beriman, pada masa berlakunya timbangan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim: 41)

Hadis mengisyara­tkan perkara yang sama, sebagaiman­a sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariah atau ilmu bermanfaat sesudahnya atau anak yang salih yang mendoakann­ya.” (HR Muslim, Abu Daud, AtTirmidzi, Nasa’i & Ahmad)

Syarat utama ialah amalan yang dilakukan ialah amalan soleh bertepatan dengan syariat islam, kemudian niatkan untuk disampaika­n kepada arwah.

Perbuatan sahabat juga menunjukka­n perkara yang sama dan diperakui Rasulullah dalam hadis bermaksud; Daripada Abdullah bin Abbas RA bahawa ibu Saad bin Ubadah meninggal dunia ketika dia tidak ada di rumahnya, maka dia bertemu baginda dan bertanya, “Wahai Rasulullah SAW sesungguhn­ya ibuku telah meninggal sedangkan saya tiada ketika itu, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya?

“Rasulullah menjawab, “Ya.” Saad berkata:, “Saksikanla­h bahawa kebunku yang banyak buahnya aku sedekahkan untuknya.” (HR AlBukhari).Wallahuala­m.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia