Harian Metro

ROHINGYA CERMINAN DIRI KITA

-

“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa. Tidak ada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, dan bagiNya segala pujian, Dia berkuasa menghidup dan mematikan (sesiapa), dan Dia sentiasa hidup dan tidak akan mati, di tanganNya segala kebaikan, dan Dialah Maha berkuasa atas segala sesuatu.

“Maka Allah akan tulis untuknya beribu kebaikan dan memadamkan daripadany­a beribu kejahatan dan mengangkat untuknya beribu darjah.” (HR alTirmizi).

Kita baru selesai menyambut Hari Kebangsaan Ke-60 dan menyambut Aidiladha yang juga dipanggil hari raya korban.

Tanggungja­wab individu kepada Allah sudah selesai. Bagaimana pula tanggungja­wab kita kepada masyarakat? Masyarakat Islam seperti saudara seislam kita yang tidak berada di dalam negara? Tanggungja­wab kita sebagai manusia sangat besar, lagipun kita seorang Muslim yang dididik menjaga kesejahter­aan daripada dalam diri dan sekeliling kita.

Kisah yang hangat sekarang adalah isu saudara seagama kita di Myamnar iaitu kaum Rohingya. Saya sebagai manusia berasa sedih, kecewa dan marah apabila melihat saudara seislam di sana diperlakuk­an sebegitu. Setiap kali menatap Facebook (FB), pasti ada video dan gambar mereka dibunuh, didera, dibakar dan dinafikan hak.

Tidak kurang juga masyarakat kita seolah-olah menyokong tindakan tidak bertanggun­gjawab terhadap mereka. Tidak ada rasa sifat kemanusiaa­nkah kita pada mereka? Jika kita hanya boleh pejam mata dan berharap perkara itu boleh diselesaik­an, alangkah malangnya kerana mempunyai perasaan sebegitu.

Tiada rasa belas kasihan pada saudara seagama kita. Ya, mereka jauh dan susah untuk dibantu tetapi zaman sekarang sudah moden dan canggih. Kita boleh guna pelbagai cara untuk membantu mereka. Jika kita selalu menganggap tidak perlu masuk campur hal orang lain, kita silap.

Sikap inilah yang membunuh sifat kemanusiaa­n dalam diri kita. Hati sudah mati untuk membantu saudara yang memerlukan pertolonga­n. Peristiwa yang terjadi di Rohingya adalah cerminan diri kita sendiri.

Itulah umat Islam sekarang. Hanya pentingkan diri sendiri. Menjaga diri sendiri sahaja.

Jika dahulu kita memang susah hendak tahu apa yang terjadi di luar negara. Sekarang berita dunia boleh diperoleh hanya di hujung jari. Kita boleh berfikir yang mana betul dan salah. Mana perlu buka mata dan yang mana perlu kita diam agar tidak menambah dosa.

Kita perlu mengangkat suara memperjuan­gkan hak kaum minoriti Muslim (yang minoriti daripada Muslim selamanya tertindas tetapi yang minoriti selain daripada mereka selalu mendapatka­n perlindung­an daripada ‘human rights’) yang tidak dipeduli oleh mereka yang kononnya pembela hak asasi manusia.

Mereka itulah pejuang sejati yang membuka belenggu kezaliman daripada tangan suci dan kaki tegar umat sehingga dengan sendirinya mereka mampu melangkah ke hadapan peradaban yang lebih terang. Setiap daripada mereka memberikan teladan yang dikenang abadi sepanjang zaman oleh generasi umat, meski mereka diseksa dan dianiaya.

Allah akan tulis baginya satu kebaikan yang sempurna walaupun dia tidak mengamalka­nnya sebagaiman­a di dalam hadis yang bermaksud: “Apabila seorang hamba-Ku berkata untuk berbuat kebaikan, maka aku akan menulis baginya satu kebaikan.” (HR Muslim).

Saya berharap sangat kita ada niat membantu saudara seislam kita yang memerlukan pertolonga­n. Jika kita faham maksud ‘berkata-kata’, yang memberi maksud berkata-kata di dalam hati, iaitu bercita-cita/ terdetik di dalam hati, itu sudah dapat pahala, apatah lagi jika kita terus membantu mereka bersungguh-sungguh.

Isu kemanusiaa­n ini perlu diambil peduli bagi setiap manusia, tak kira mereka

Islam atau tidak. Allah tidak memandang warna kulit, dan sebagainya. Allah lihat takwa hamba-Nya.

Semoga kita sentiasa dibersihka­n jiwa kita daripada sifat mementingk­an diri sendiri dan jauhkan daripada sifat jahat dan munafik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia