Harian Metro

Istikharah, bincang dalam buat pilihan

-

Rasulullah SAW bersabda: “Salah satu sumber kebahagiaa­n anak Adam adalah beristikha­rah kepada Allah dan reda dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalk­an istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (HR Ahmad dan al-Tirmizi).

Ini menunjukka­n pentingnya istikharah dalam semua perkara yang kita hadapi. Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada kekurangan. Kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Walaupun dianugerah­kan akal pemikiran yang membezakan kita dengan haiwan, namun tetap tidak akan tahu perkara di luar pemikiran.

Istikharah ialah doa dalam membuat sesuatu pilihan sama ada dilakukan dengan cara berdoa sahaja atau sebaikbaik­nya solat terlebih dahulu kemudian diikuti doa. Para ulama menjelaska­n tata cara solat istikharah adalah seperti solat sunat biasa, dijalankan dalam dua rakaat.

Tidak ada waktu khusus untuk melaksanak­annya, namun solat istikharah disunah serta merta saat seseorang menghadapi masalah. Ia sangat dituntut kepada kita bahkan bila berhadapan perkara yang penting dalam hidup seperti memilih pasangan untuk dijadikan ketua keluarga.

Sebagai manusia kita pasti berhadapan situasi yang mendesak untuk membuat keputusan. Apabila memerlukan pemilihan kita akan menjadi bingung dan tidak tahu apa yang lebih baik dan sesuai dengan diri kita.

Dalam hal ini Allah SWT memberi panduan kepada hamba-Nya dalam mencari penyelesai­an untuk membuat keputusan. Maksud istikharah ialah memohon kebaikan daripada Allah terhadap perkara yang dilakukan. Istikharah ialah sebuah untaian permohonan dan keinginan untuk mendapatka­n yang terbaik dengan merendahka­n diri di hadapan Allah.

Inilah hikmah disunahkan istikharah agar manusia tetap menjalin hubungan dengan Tuhannya saat akan menentukan pilihan, meminta pertolonga­nnya agar mampu memilih dengan baik dan tepat. Allah berfirman: “Dan Tuhanmu menciptaka­n apa yang Dia kehendaki dan memilihnya. Sekaliseka­li tidak ada pilihan bagi mereka (apabila Allah telah menentukan).

“Maha Suci Allah dan

Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutuk­an dan Tuhanmu mengetahui apa yang disembunyi­kan dalam dada mereka dan apa yang mereka nyatakan.

“Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyal­ah kami dikembalik­an.” (al-Qasas 68-70).

Istikharah tidak terbatas dalam urusan tertentu yang penting sahaja bahkan dalam apa jua urusan yang memerlukan pilihan dan pencerahan.

Misalnya mahu membeli kereta Viva atau Myvi? Mahu balik kampung atau mengikuti program keusahawan­an ketika cuti semester? Mahu mengikuti jurusan undang-undang sivil atau undang-undang syariah? Bagaimana membuat pilihan. Buatlah pilihan dengan istikharah dan berbincang.

Berdoa kepada Khaliq dan berbincang dengan makhluk. Ikut garis panduan al-Quran dan sunah. Rasulullah SAW memberi contoh kepada kita supaya beristikha­rah (berdoa pada Allah) dan bermusyawa­rah (berbincang dengan makhluk) dalam membuat sesuatu pilihan.

Kita tidak perlu meragui yang Rasulullah SAW menjadikan istikharah ‘trend’ dalam hidup baginda apabila mahu membuat sesuatu pilihan. Buktinya, kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah SAW mengajar kami beristikha­rah dalam semua pekerjaan, seperti baginda mengajar kami satu surah dari al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan melakukan sesuatu perlulah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.” (HR Bukhari).

Wallahuakl­am

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia