Harian Metro

JADI NYATA

-

Kerajaan Negeri Selangor.

Izrul menambah, pesta makanan terbesar ini akan dijadikan acara tahunan tetapi di lokasi berbeza. Festival ini turut diadakan bagi mengumpul lebih banyak menu mkanan terbaik Malaysia dalam satu festival terbesar terdiri vendor urban dan tradisi negara ini.

“Ada lebih 100 jenis makanan urban serta tradisiona­l seperti kambing bakar, takoyaki, makanan Korea, burger, cendol, rojak, mi kari, mi sup, kuih-muih dan sebagainya.

“Paling terharu apabila pelancong asing sanggup datang ke festival ini semata-mata mahu menikmati dan merasa sendiri keenakan dan keunikan makanan tradisiona­l dan urban negara ini.

“Selain media tempatan, media asing seperti dari Singapura, UK dan Jepun juga berminat mengambil bahagian dalam festival ini,” katanya.

Selain itu, pengunjung dihiburkan dengan persembaha­n pentas anak tempatan. Bagi yang tidak berkesempa­tan, masih ada peluang mengunjung­i Selangor Food Mega Festival di ibu negara pada November depan.

Bagi Amira Saifuddin yang kali pertama berkunjung ke Food Mega Festival bersama rakan baiknya, ia pengalaman yang mengujakan.

“Saya datang dari Kuala Lumpur bersama rakan yang pernah mengunjung­i acara lalu. Memang seronok dan teruja kerana di sini ada banyak aktiviti selain pelbagai jenis makanan yang saya tidak pernah temui. Saya paling gemar makanan Thai iaitu somtam dan makanan tempatan seperti rojak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUNJUNG tempatan tidak ketinggala­n.
PENGUNJUNG tempatan tidak ketinggala­n.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia