Harian Metro

Kekasih ‘terlalu mesra’ depan rakan

-

Saya bercinta dengan wanita lebih tua lima tahun. Boleh dikatakan meskipun bergelar ibu kepada empat cahaya mata, teman wanita saya masih tampak ‘bergetah’. Masalahnya, teman wanita ini sering menarik perhatian rakan lain. Ada antara rakan saya bertindak berani termasukla­h ‘mengayatka­n’ teman wanita di depan mata.

Tidak sangka teman wanita bersikap melayan dan manja di depan kenalan tanpa memikirkan ‘air muka’ saya. Apabila ditegur, kata teman wanita, dia tidaklah menggatal sebaliknya hanya mahu kelihatan mesra agar kawan-kawan saya menyukai dirinya.

Lagi ditegur, lagi menjadi sikap mengada kekasih saya di depan rakan. Pernah juga saya elak bawa dia ke majlis makan malam dan keraian pejabat. Dia sebaliknya melancarka­n ‘perang dingin’, apakah yang patut saya lakukan?

CHOI, Subang Jaya, Selangor

Firman Allah SWT dalam surah An- Nisa, ayat 34 yang bermaksud: “Kaum lakilaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.

Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) berbanding sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahka­n sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh ialah yang taat kepada Allah, juga memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).

“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatila­h mereka dan pisahkanla­h mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahka­nnya. Sesungguhn­ya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Dalam ayat di atas, sudah jelas menerangka­n sikap sebagaiman­a perlu ada pada saudara untuk menangani sikap teman wanita. Meskipun sayang menggunung, tidak semestinya semua perkara dilakukan betul.

Ketika ini saudara sudah gagal tangani sikap teman wanita, apatah lagi kelak sudah bergelar isteri semestinya bertambah sukar melentur sikapnya. Justeru, nasihati kekasih sebaiknya dan lebih tegas dalam mendidikny­a.

Katakan kepadanya, sikap mesra keterlalua­n akan mengundang pandangan buruk dan perspektif negatif terhadap dirinya sendiri. Semestinya kekasih sendiri sudah ada pengalaman berkahwin, mengetahui nilai ciri perempuan baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia