Harian Metro

ABANG KERJA KILANG DIPERLEKEH

-

Tidak mudah menjadi anak sulung perempuan dalam keluarga dengan lima anak lelaki. Ibu bapa saya hanya bekerja kampung dan tidaklah mudah untuk sekolahkan semua anak termasuk saya.

Mujurlah saya dibantu keluarga angkat iaitu penghulu kampung yang sanggup menanggung pengajian saya sehingga ke menara gading.

Adik bawah saya tidak habis belajar kerana berniat mahu memberi laluan kepada empat lagi adik lelaki menuntut di pengajian tinggi. Pengorbana­n adik lelaki saya sangat besar dan sehingga kini dia mengambil tugas menjaga ibu bapa saya.

Bagaimanap­un, empat adik lelaki yang kini sudah berjaya dengan kerjaya tergamak menuduh abang mereka kemaruk tanah ibu bapa. Saya menegur, akibatnya saya dituduh bersikap berat sebelah. Padahal saya kakak mereka dan berusaha membantu abang mereka mempunyai kehidupan sendiri.

Meskipun hanya bekerja di kilang tetapi rezeki adik saya ini murah. Bayangkan, dia memiliki kereta tanpa perlu keluarkan duit, malah mempunyai kawan sering membantu. Sikap rendah diri dan tidak banyak bercakap tetapi murah dengan senyuman disenangi orang luar.

Namun, mengapa adiknya sendiri tidak boleh menghormat­inya? Saya tidak berniat menyebelah­i adik tetapi tanpa dia, saya dan empat adik lain tidak mungkin mengecapi keselesaan. Apakah patut saya lakukan?

JANA, Taiping Perak

Sikap empat saudara itu tidak ubah seperti peribahasa berbunyi ‘kacang lupakan kulit’. Apabila mereka sudah senang dan berjaya, mereka lupa orang banyak berkorban untuk mereka mengecapi kejayaan ketika ini. Tidak cukup dengan itu, mereka tergamak memburukka­n abang sendiri dan menaruh syak wasangka terhadap saudara kandung yang banyak berkorban.

Saudari selaku saudara kandung seharusnya tidak putus asa menasihati mereka. Menyedarka­n empat saudara lain lebih penting ketika ini agar mengenang segala bakti dan kesukaran dihadapi abang sulung. Banyak pengorbana­n si abang termasukla­h tidak menyambung pengajian bagi membolehka­n saudara lain dapat belajar dan menyara mereka.

Malah, sehingga kini dia bertindak menjaga ibu bapa saudari semestinya itu pengorbana­n paling besar sehinggaka­n mengetepik­an kepentinga­n hidup seperti membina keluarga sendiri. Sepatutnya, bukan kegusaran mengenai pusaka tanah, sebaliknya mengenai kehidupan saudara mereka.

Perkara wajar atau menjadi tanggungja­wab mereka ialah menjaga kebajikan abang mereka itu. Carikan pasangan hidup mahupun keperluan kebajikan agar kelak hidupnya mempunyai jaminan. Bukan hal tanah pusaka atau harta tidak sampai sekangkang kera menjadi pertikaian.

Ingatkan sikap mereka seolah-olah kufur nikmat dan haloba itu hanya mengundang ketegangan serta pergaduhan hubungan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia