Harian Metro

AQUA-MAN CEKAL LAWAN ARUS

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

mula berkhidmat bersama APM pada 2005 dan menempuhi pelbagai pengalaman mencari mayat di dalam air.

Menurut anak jati Selangor ini, antara pengalaman yang sukar dilupakan adalah operasi mencari mangsa hilang di Kedah pada 2010 di mana dia dan rakannya nyaris terkorban akibat terperangk­ap di bawah timbunan sampah ketika menjalanka­n tugas.

“Saya ditugaskan bersama rakan lain untuk mencari mangsa hilang dan dipercayai lemas di dalam sungai.

“Ketika menjalanka­n operasi mencari mangsa, saya dan rakan menyelam dan dibawa arus deras sehingga tersangkut pada akar pokok nipah.

“Keadaan ketika itu mencemaska­n kerana

‘zero visibility’ dan kami menyelam secara merabaraba dalam keadaan gelapgelit­a,” katanya.

Abdul Baith berkata, keadaan jadi cemas berikutan dia tidak dapat naik ke permukaan kerana ada halangan dan tersasar jauh akibat dihanyut arus.

“Saya berusaha untuk leraikan halangan timbunan sampah-sarap dan alhamdulil­lah, akhirnya berjaya naik ke permukaan,” katanya.

Dia berkata, kesukaran mencari mayat lemas di laut dan sungai bergantung pada arus dan keluasan kawasan pencarian.

“Penyelam sukar untuk buat pencarian menyeluruh di sungai kerana faktor arus yang menolak atau menghanyut­kan kami (penyelam) dan sentiasa ada benda asing yang hanyut dan boleh mencederak­an penyelam.

“Di laut, kawasannya luas dan ada kemungkina­n mangsa hanyut entah ke mana. Namun, kaedah pencarian yang pelbagai boleh diguna pakai.

“Kekangan lain, kedalaman laut itu sendiri kerana jika lebih 30 meter kedalaman, peralatan menyelam yang lebih khusus mesti diguna,” katanya.

Menurutnya, pencarian mangsa lemas atau tenggelam paling mudah di kawasan tasik dan kolam takungan kerana tiada faktor arus.

“Penyelam lebih mudah untuk mencari mayat

100 peratus di kawasan pencarian,” katanya.

Katanya, minat mendalam dan gemar membantu sesiapa dalam kecemasan serta dilanda bencana menguatkan lagi semangatny­a untuk berkhidmat.

“Apabila menyertai APM, kita tidak boleh duduk diam, sebaliknya harus menyertai pelbagai kursus seperti kemahiran paramedik, menyelam, menyelamat di tempat tinggi, menangkap ular dan melawan kebakaran.

“Kemahiran ini diperoleh dan diiktiraf pusat latihan Pertahanan Awam di seluruh negara dan agensi asing,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia