Harian Metro

KETUM + AIR BERKARBONA­T

- Sitinor@hmetro.com.my

Pengambila­n minuman air ketum dalam kalangan pelajar sekolah di Kelantan amat membimbang­kan apabila seramai 918 pelajar daripada 3,829 orang mengaku meminum air larangan itu.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, pengakuan itu dibuat remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menerusi pemeriksaa­n di 162 sekolah di negeri ini.

Katanya, pemeriksaa­n dilakukan sejak Januari hingga Ogos lalu mendapati pelajar lelaki mengambil air ketum yang dibeli dengan harga RM5 hingga RM10 yang dibungkus di dalam beg plastik.

“Pelajar terbabit mengaku minum air ketum kerana mahu mencuba dan terpengaru­h dengan rakan sebaya.

“Mereka menganggap minum air ketum tidak membahayak­an, tetapi ia adalah permulaan untuk terjebak dalam gejala penagihan dadah terutama pil kuda.

“Bagi mengelakka­n rasa tidak sedap, mereka juga mengaku mengambiln­ya bersama air berkarbona­t,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Rohayu berkata, dalam pemeriksaa­n itu juga, AADK mendapati 282 pelajar termasuk empat wanita positif dadah jenis methamphet­amine.

Katanya, keadaan itu membimbang­kan dan pihaknya mengambil beberapa langkah untuk mencegahya iaitu menerusi Mesyuarat Pengerusi Majlis Tindakan Membantera­s Dadah Daerah (MTMD) yang terdiri daripada pegawai daerah dan pemimpin masyarakat.

“Kita minta semua pihak turun padang untuk sama-sama menyebarka­n mesej mengenai ancaman dan penggunaan daun ketum dan pil kuda dalam kalangan remaja.

“Peranan komuniti amat penting dalam mengekang masalah ini. Selain itu, kita bekerjasam­a dengan radio Kelantan FM menerbitka­n satu rancangan Cerita Kita Orang Kelantan (CKOK) yang disiarkan pada Khamis antara jam 9.30 malam hingga 10 malam, berkongsi cerita bekas penagih untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.

“Menerusi rancangan itu, semuanya dikongsika­n secara menyeluruh dan disertakan cara serta tempat yang boleh dituju ahli keluarga sekiranya ada ahli keluarga terbabit penagihan,” katanya.

Rohayu berkata, peranan ibu bapa amat penting untuk memantau anak masing-masing supaya tidak terjebak dalam penagihan dadah.

 ??  ?? ROHAYU bersama pegawainya meninjau mereka yang ditahan dalam Operasi Perdana di pejabat AADK di Pasir Mas.
ROHAYU bersama pegawainya meninjau mereka yang ditahan dalam Operasi Perdana di pejabat AADK di Pasir Mas.
 ??  ?? ANGGOTA AADK menunjukka­n dadah yang dirampas dalam satu gerakan.
ANGGOTA AADK menunjukka­n dadah yang dirampas dalam satu gerakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia