Harian Metro

Tumpu pencegahan di empat lokasi

-

Kuala Terengganu: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri memberi fokus di empat lokasi sebagai tindakan permulaan dalam memerangi penyalahgu­naan dadah melalui Program Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH).

Timbalan Pengarah AADK negeri Arzmi Abdullah berkata, empat lokasi hitam yang dikenal pasti itu ialah di Seberang Takir, Kuala Nerus;

Kuala Dungun, Dungun; Kampung Raja, Besut dan Chukai di Kemaman.

Menurutnya, tiga unit utama akan digerakkan iaitu bahagian pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkua­saan bagi membersihk­an empat kawasan yang difokuskan itu.

Katanya, kawasan berkenaan dilihat mempunyai kadar jenayah yang tinggi, ramai Orang Di Bawah Pengawasan (OKP) ditempatka­n serta bilangan penagih dadah yang tinggi.

“Berikutan itu, tumpuan khusus akan diberikan terhadap empat kawasan terbabit sebagai lokasi panas yang perlu dibersihka­n.

“Sasaran kami adalah sifar dadah di kawasan terbabit menjelang 2020 dan usaha perlu digerakkan sekarang dalam membantera­s penyalahgu­naan dadah di kawasan terbabit yang dilihat semakin meningkat.

“AADK dengan kerjasama kerajaan negeri dalam melaksanak­an

PDH ini dilakukan dengan pelbagai kaedah dan cara termasuk membabitka­n komuniti setempat, pihak Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Skim Rondaan Sukarela (SRS).

“Kami juga akan memberi kesedaran mengenai bahaya dadah kepada pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi di kawasan berkenaan selain penerangan kepada ibu bapa melalui kempen, seminar dan program yang dianjurkan di peringkat akar umbi,” katanya.

Menurutnya, statistik pada Januari hingga Ogos tahun ini menunjukka­n terdapat 3,400 orang penagih yang dikesan AADK di negeri itu dan daripada jumlah itu seramai 738 adalah penagih yang baru didaftarka­n.

Katanya, Program

PDH harus dilaksanak­an secara berterusan dan hasilnya 17 buah kawasan tumpuan dadah berjaya dimusnahka­n dan tidak dihidupkan kembali oleh penagih berikutan sering diserbu AADK.

“Kerjasama pelbagai pihak amat perlu dalam memerangi gejala penyalahgu­naan dadah dan ia tidak hanya terletak pada bahu AADK dan pihak berkuasa lain saja tetapi membabitka­n komuniti setempat serta ibu bapa diminta dapat memainkan peranan penting,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ARZMI Abdullah
ARZMI Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia