Harian Metro

Tak sangka rumah baru juga dilanda air

-

“Saya bina rumah di sini sebab nak elak banjir yang sering berlaku di rumah lama, namun tak sangka rumah baru ini juga dinaiki air akibat banjir kilat semalam (kelmarin),” kata Rosmizan Abdul Wahab, 34, mengenai kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Tebuan dan Kampung Jalan Baru, Sedim, di sini, kelmarin.

Kejadian jam 5 petang itu mengakibat­kan 32 penduduk bermalam di pusat pemindahan sementara di Surau Kampung Tebuan sebelum ditutup sepenuhnya jam 9 pagi semalam.

Menurut Rosmizan, ketika kejadian dia bersama saudara mara serta penduduk sedang bergotong-royong menyiapkan bahan masakan untuk kenduri doa selamat sempena masuk ke rumah baru, kelmarin.

“Ketika kejadian saya berada di kawasan rumah lama untuk kerja menyembeli­h lembu untuk kenduri manakala beberapa penduduk serta saudara mara terutama kaum perempuan sibuk menyediaka­n bahan untuk memasak.

“Hujan lebat sejak jam 2 petang dan ketika melapah

lembu saya dihubungi jiran memaklumka­n kawasan rumah baru dinaiki air.

“Selepas kerja selesai saya bergegas pulang dan terkejut melihat halaman rumah dipenuhi air lumpur sehingga masuk ke dalam rumah paras buku lali,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tebuan, dekat sini, semalam.

Rosmizan berkata, ketika sampai dia melihat penduduk sedang mengangkat bahan masakan serta kelengkapa­n kenduri ke tempat lebih tinggi dan persiapan dihentikan sementara bagi membersih rumah.

 ??  ?? ROSMIZAN (kanan) melihat penduduk kampung bergotong-royong memasak makanan kenduri doa selamat selepas dilanda banjir kilat.
ROSMIZAN (kanan) melihat penduduk kampung bergotong-royong memasak makanan kenduri doa selamat selepas dilanda banjir kilat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia