Harian Metro

KUTIP DERMA, BERHIBUR

- Ardyhansah Amat ardyhansah@hmetro.com.my

IRM anjur program bantu mangsa kebuluran Somalia

Islamic Relief Malaysia (IRM) buat julung kalinya mengadakan kutipan derma sambil berhibur dalam usaha membantu penduduk Somalia, di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Zairulshah­fuddin Zainal Abidin berkata, ia adalah satu cara pendekatan terbaru IRM bagi mendekati orang ramai untuk membantu mangsa kebuluran di Somalia.

“Kali ini, kami cuba keluar berjumpa dengan lebih ramai orang bagi memberi penerangan dengan lebih lanjut mengenai kutipan derma yang dilakukan.

“Sekurang-kurangnya, menerusi program sebegini, masyarakat negara kita boleh mendapat maklumat yang sahih secara langsung daripada IRM sambil berhibur,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Terdahulu, beliau memberi penerangan kepada pengunjung mengenai program Dana Wakaf Air Somalia yang dilancarka­n IRM.

“Kutipan derma ini yang akan berakhir Januari tahun depan bertujuan mengutip dana sebanyak RM1.5 juta bagi membina dua telaga di Wilayah Shabelle, Somalia.

“Ia turut dilengkapi dengan tangki penyimpana­n air, set penjanaan elektrik, pam air, sistem perpaipan dan pusat pengagihan air,” katanya.

Dijangka hampir 13,000 penduduk Somalia bakal mendapat manfaat dengan pembinaan dua telaga berkenaan.

Sementara itu, pengunjung, Ahmad Rozimi Abdullah menyambut baik usaha yang dilakukan IRM dalam membantu masyarakat Palestin.

“Dengan sedikit penerangan sebelum hiburan bermula, orang ramai mendapat sedikit maklumat yang boleh dipercayai mengenai masalah dihadapi masyarakat di sana.

“Malah anak-anak kami juga gembira dan teruja untuk menderma. Bagi saya, program sebegini perlu kerap dilakukan kerana ia juga boleh mendidik masyarakat,” katanya.

Nor Aninah Mohd Ghazali, 31, berkata, sebelum ini, dia tidak mengetahui mengenai penderitaa­n masyarakat Somalia.

“Alhamdulil­lah, sekurang-kurangnya orang ramai boleh menderma kepada pihak yang benar-benar terbabit dalam kerja amal Dan misi kemanusiaa­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? YUZI Zarith Sofea Ahmad Rozimi, 7, menderma di pekarangan Kompleks Sogo, semalam. ZAIRULSHAH­FUDDIN (kanan) berkongsi mengenai penderitaa­n di Somalia kepada pengunjung yang hadir.
YUZI Zarith Sofea Ahmad Rozimi, 7, menderma di pekarangan Kompleks Sogo, semalam. ZAIRULSHAH­FUDDIN (kanan) berkongsi mengenai penderitaa­n di Somalia kepada pengunjung yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia