Harian Metro

SEIMBANG SETIAP ASPEK

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Zahid mahu pelajar, pengajar sekolah agama

berfikiran luas, lebih ke arah profesiona­l

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu tenaga pengajar serta pelajar di sekolah agama keluar dari pemikiran jumud serta membuktika­n produk sekolah berkenaan mampu bersaing dengan sekolah lain.

Katanya, justeru beliau mahu golongan itu keluar dari kepompong sempit serta melakukan transforma­si dalam bidang pendidikan sehingga mampu menjadikan produk sekolah agama bergelar golongan profesiona­l di negara ini.

“Apabila saya bercakap keluar dari kepomponga­n sempit, kita mahu keterlibat­an kita dalam ruang lingkup bukan harus dilihat dari pentas keagamaan saja namun mengambil kursus profesiona­l selepas tamat persekolah­an seperti arkitek, doktor dan bidang profesiona­l lain.

“Jiwa kita perlu diseimbang­kan walaupun jiwa kita di Makkah, jiwa kita di Bagan Datuk namun pemikiran perlu seperti di Harvard, Oxford serta Cambridge dan ketiga-tiga universiti ini mempunyai penarafan tertinggi,” katanya ketika merasmikan Sambutan 80 Tahun Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Ulum Al-Syar’iyyah, di sini, semalam.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut merasmikan bangunan baru, lagu serta bendera sekolah berkenaan dan mengumumka­n peruntukan tambahan RM3 juta untuk pembinaan dua blok baru serta menyampaik­an sumbangan peribadi untuk membeli van bagi kegunaan sekolah itu.

Ahmad Zahid berkata, produk sekolah agama seharusnya mempunyai pemikiran Tauhadik, Quranik, Ijtihadik dan Ensikloped­ik sekali gus menyeimban­gkan ilmu duniawi serta ukhrawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia