Harian Metro

Polis ‘samseng’ tak serik

-

Juragan Indonesia seludup 50 silinder LPG

ditahan

Limbang: Seorang anggota polis yang memiliki rekod jenayah dan dadah belum serik apabila terbabit mendatangk­an kecederaan parah terhadap seorang lelaki di Pasar Limbang, di sini, 2 September lalu.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Patiambun, di sini, jam 3.20 petang Selasa lalu.

Difahamkan, suspek berpangkat lans koperal dan masih bertugas itu mempunyai rekod jenayah membabitka­n kes mendatangk­an kecederaan dan penyalahgu­naan dadah di Kudat, Sabah dan daerah ini sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­dan Mohd Bukhori Saffai berkata, susulan penahanan itu, pihaknya menahan dua lagi lelaki berusia 19 dan 25 tahun jam 10.30 malam Khamis lalu hasil risikan dan maklumat awam.

“Penahanan suspek dipercayai membantu siasatan berhubung kejadian mendatangk­an kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 38 tahun di Pasar Limbang, 2 September lalu.

“Polis mendapatka­n perintah reman tiga hari terhadap semua suspek bermula semalam (kelmarin) hingga Isnin ini,” katanya.

Katanya, polis tidak berkomprom­i dengan mana-mana anggotanya yang terbabit kegiatan jenayah dan tindakan akan diambil sekiranya mereka didapati mempunyai kaitan.

Dalam kejadian jam 1 pagi, mangsa yang dalam keadaan mabuk cedera di muka akibat dibelasah sekumpulan lelaki kerana dikatakan mengganggu orang awam di kawasan berkenaan.

Kejadian itu menjadi tular di laman sosial Facebook (FB) selepas ada individu merakam sekumpulan lelaki membelasah mangsa sebelum melarikan diri.

 ??  ?? BARANG curi yang dirampas daripada dua suspek. BOT yang digunakan juragan untuk membawa 50 tong gas LPG.
BARANG curi yang dirampas daripada dua suspek. BOT yang digunakan juragan untuk membawa 50 tong gas LPG.
 ??  ?? SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Limbang.
SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia